Posts

Showing posts from November, 2010

Sakit

Urgh! Entah mengapa datang rasa mengalah Bila yang menguji hanya helaian kertas Selebar dua telapak Mungkin tak keruan kerana teringat ujian yang pertama Hingga melarat ke ujian kedua Ah! Kalau asyik diingat-ingat memang begitu gelojak hati Meragu jawapan yang dahulu Hingga terganggu jawapan yang baharu Bukan aku tak bisa mengulang ingat pesan ibu, " Usah dibincang jawapan peperiksaan!" Ibu, masalahnya ini dunia ramai manusia bijak-bijak Rasanya satu kepuasan agaknya mereka mengulang jawab dengan suara Melihat mereka tersenyum lebar keluar dewan sudah buat aku lemah Dengar sahaja satu patah kata dan angka Aku tahu aku screwed-up Bukannya aku suka berbincang jawapan wahai ibu Dalam kumpulan belajar saja aku cukup malas Tapi telinga ini bukannya semacam mata wahai orang tuaku Boleh dikatup tutup sampai tak terdengar suara Cupingan telinga ini kelopaknya keras menguatbunyi suara perbincangan Tak mampu aku melentur bagai kelopaknya mata Kalau aku menutup telinga dengan tangan Apa

Fikir

Aku rasa macam bersalah pulak bila tak balik beraya. Alasan aku tak balik- Study, Exams dah dekat. But, looking back for the past few days, I didn't really get anything academical inside of my head. Rasa semacam ada sesuatu yang yang menyumbat salur masuk ilmu dari buku ke otak. Macam oksigen masuk dalam peparu, tapi macam segan-segan pulak nak masuk di celahan hemoglobin darah. Too many distractions I think. Hell yeah too many. Sesi luahan rasa.Ehem-ehem. How would you feel if someone that you cared about disappoints you? Continuously. Intentionally. How would you feel, how would you react? You calculate your every move so that one person will not be dissappointed by you. You calculate your every move even to an extent where you want that person to be happy. But this one person simply disappoints you with unthinkable remarks, unbelievable acts of ditching, hurting, disappointing you- continuously,intentionally. Macam bagi susu, dibalas tuba rasanya. Simply bagi tuba.Continuously

Runtun

Ah hati yang kotor ini meronta-ronta lagi mengingati kamu. Tak pernah sedikitpun api rindu padamu padam, malah meliuk pun tidak. Ah hati yang dikarat dosa ini mengharap dikifarah Tuhan. Takut terus reput rapuh sampai lupa padamu, patah terjelepuk tak terpangkin. Ah hati ini kian lemas dengan sandiwara satu purnama. Rimas dengan hujan pilu yang merenyai bergerimis, sejuk saja tak mampu tertahan. Ah kepala ini teruji lagi akalnya dek rasa ingin pulang. Tak sanggup kiranya mengguris hati sang tua yang menunggu, apa aku berdosa apa aku derhaka. Ah saudaraku yang selalu amat aku rindukan. Tak sanggup lagi hati ini meneka kemana kau pergi, bila yang tinggal hanya jejak perasaan. Ah apa adakah manusia yang aku bisa percaya, yang sedia mendengar dan bertanya khabar hatiku, kerana yang ada merasa terlalu bersalah mengintai hatiku. Ah Tuhan! Aku perlu teman untuk kucerita semua ini!

Lupa

Sudah hitam agaknya hati ini Sudah acap dikambus dosa Sudah kelam agaknya dikabus dengki Sudah kerap dihambur dusta Sudah selalu sangat Sampai terlupa tak ingat

Datang

Kau hadir dalam jagaku Tanpa pernah aku memanggil Mungkin kurindu kamu bawah sedar akalku Atau mungkin aku yang kau rindu Kau hadir tika kulihat anak kecil ketawa Hadir juga tika angin petang bertiup lembut Bagai rohmu menyatu dalam jasad dunia Setia lagi menghampar kasih,menghilang takut Getar sejuk bayu petang itu mengalir dari urat leherku Terus menekan jiwa batinku, tersedu aku dengan tangis tak berlagu Apa irama yang harus kupilih, Bila masin air mata hanya menambah pedih Teruskanlah kauhadir dalam hidupku, mimpiku Teruskanlah kaudatang merobek lagi luka hatiku Andai kepedihan saja yang mengingatkanku padamu Aku rela ditoreh lagi seribu luka Anak kecil itu masih tersenyum dan ketawa Angin bayu itu masih mengalir di celah leher dan rambutku Engkau masih datang dalam hati dan jiwa Menabur lagi belerang pada luka hatiku Ya Allah! Rindunya aku pada dia!!!