Posts

Showing posts from February, 2016

Aku Aku, Engkau Engkau

Kau muncul tiba-tiba dari titik buta. Kenapa? Diamlah saja kamu dalam sudut kabur, tenggelam dalam samar-samar yang tak berupa. Saat kaumuncul, tertancap engkau dalam memori, mengecah kisah dalam kepala yang tak ingin kesah. Cuba kupaling tak mahu mengendah, tapi payah. Tetap terkedip-kedip juga minda berfikir, apakah indah lagi duniawi jika kau menghilang menyepi. Singgah tanpa sudi dalam perosok perasaan, menerobos jeriji dan tembok keengganan, tanpa sempat disanggah aku mencongak-congak perkara begitu-begini yang entah-entah. Kelibang-kelibut kekupu resah dalam jiwa yang kelam kabut. Jadi kalut hati berfikir sediri, sendirian. Melompat-lompat dari sisa-sisa masa lampau, tatih-tatih masa sekarang, dan ragu-ragu masa hadapan. Waktu aku mencuba menggapai garapan akal yang cuba menaakul logika, saat aku menyauk bayang-bayang engkau yang terbang rendah, tersedarlah aku pada jasadmu yang sebenar-benar melayang jauh menggalah. Siapalah aku padamu yang hinggap pun tak hendak, meliar