Posts

Showing posts from August, 2016

Seorang

Image
Sekali-sekala rasa sunyi itu akan datang Bila habis kerja balik petang Yang menyambut hanya lompong ruang Jadi rutin turn on PC Tengok drama bersiri atau setengah jam komedi Paksa diri membahak ketawa Malu mengaku kosongnya jiwa Habis punchline dan lawak slapstik Merenung skrin hitam dicakar kredit Kembalilah diam mengira detik Membenci diri menyalah nasib. Apalah hinanya hidup merantau Kawan tiada kasih pun nan hado Bagai sesat di hutan kandas di pulau Hidup segan mati tak mahu Sedang yang lain punya teman Punya kawan punya keturunan Kerja impian kereta idaman Hujung minggu pergi berjalan Hujung tahun membelah awan Aku masihlah terceruk di sini Di aroma Bangladeshi dan kilang industri Gadai nyawa mencelah lori Tapi tak dilenyek lori sekalipun Tak menjamah toksik asap beracun Pekan ini sudah pun merubah aku Aku sudah tak mendengar muzik macam dulu Lirik dan rentak tak bermakna lagi pada lagu Sekadar peng