Pages

NAJNAJAKIA BLURGG

Di sini aku coret,lakar,conteng,lukis,catat,tulis,leter,bebel,sindir,ukir,pahat,tekap,warna cerita hidup aku

Thursday, February 23

Hello

"Hello, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, Mak."

"Buat apa tu? Dah makan?"

"Tengok TV. Em...belum."

"Bila nak makannya?"

"Em...tak makan kot."

"Lah...kenapanya?"

"..."


Orang sunyi, Mak. Sebatang kara. Nak makan seorang, segan rasanya. Kawan sebaya sekepala dah tak ada. Yang ada semua dah berkeluarga. Dulu adalah seorang dua. Sudi teman makan sekali-sekala. Tapi bila dah lama baru orang sedar. Berkawan ni bukan boleh dipaksa-paksa.

Tak apalah orang tak makan. Tak seronok makan tak berteman. Jimat belanja banyak simpanan.

Tapi kalau boleh memang orang nak tinggal, nak kerja dekat dengan rumah Mak. Tiap-tiap hari boleh makan masakan Mak.  Orang tak kisah orang tak ada kawan. Asalkan orang ada Mak.

Mak ingat tak raya lepas Kakak cadang tak payah masak rendang, masak mi kari? Orang tak setuju, orang bangkang terus. Sebab bukan selalu orang boleh makan masakan Mak. Lagi-lagi masakan Mak yang setahun sekali.

Kalau duduk dekat dengan Mak dah tak payah telefon, tiap-tiap hari boleh sembang emak-anak. Mak pun tahu orang bukannya jenis rajin menelefon. Tadi orang ada rasa nak telefon, tup tup Mak yang telefon orang dulu. Betullah orang kata, hubungan emak-anak ni lain macam. Mungkin Mak boleh rasa orang rindu Mak.

Mak, kalaulah orang boleh cakap sebegini jujur dengan Mak. Tak ada rahsia, tak ada yang terbuku. Tapi lidah orang kelu. Orang dah tak biasa rapat macam dulu. Dari kecik duduk terasing berbatu jauh buat hati orang sendiri jadi batu. Jadi luah di sini saja yang orang mampu.

Tapi orang percaya bukan semuanya terlambat. Mak ingat tak ada satu malam dekat belakang dapur, kita bersila di lantai buat tempoyak. Sambil asingkan isi durian dari bijinya, kita bersembang berdua saja. Orang tak ingat apa isi bicaranya, tapi orang ingat kita bergurau dan ketawa.  Orang ingat orang rasa gembira.

Malam itu, orang jadi semula anak Mak yang dulu.

2 tohmahan:

syafiq izzat said...

I crieddd 😭

Sarah Basri said...

hujan di luar, hujan juga dihati.

 NEWER POSTS OLDER POSTS HOME