“Pinjam stapler boleh?” tanya aku, gugup. “Apa dia?” balas Siti, matanya masih di monitor komputer. “ Stapler tu...boleh saya pinjam?” “Oh, ambillah, ambil. Setakat stapler tak payahlah mintak-mintak izin.” balas Siti sambil tersenyum, matanya terpicing, nakal. Pantas dia sambung menekan-nekan papan kekunci. “Habis apa je yang kena mintak izin? Klip kertas? Kertas A4? Gunting? Gam?” tanya aku sambil mengepil kertas-kertas A4. Bergurau tapi sebenarnya nak tahu jugak. Siti berhenti menaip. Kali ini dia badannya ikut pusing dengan jeling matanya. “Amboi amboi amboi. Kalau sampai boleh senaraikan barang-barang dalam kedai stationery, takkan tak pandai nak beli sendiri?” Serius wajah Siti buat aku cuak. Kalau tak kerana decit tawanya selepas itu, boleh terkencing aku ditenung begitu. “Orang main-main je la.” Sambung Siti lagi, mungkin sebab jelas terbaca perkataan 'CUAK' di muka aku. “Ambil je. Bukan orang punya pun, company punya.” “Oh, ada bagi eh? Saya tak ...