Perjalanan Mentakab-Dabong-Mentakab adalah antara satu perjalanan yang paling bermakna dalam kehidupan dewasa aku yang tak ingin aku ulang. Bukan kerana aku tidak sukakan kereta api, bahkan bagi aku tiada kenderaan yang lebih mengujakan. Bukanlah kerana jarak perjalanannya yang panjang, malah ada yang merantau sejauh Selangor dan negara Johor. Bukan kerana perlu mengangkat beban, kerana ada yang mengheret bagasi yang jauh lebih berat. Bukanlah kerana mereka yang aku jumpa dan berjumpa kembali adalah mereka yang aku tidak berkenan, malah jika hilang seorang tidak lengkaplah perjalanan ini. Tetapi kerana pada epilog perjalanan ini, terbit rasa-rasa yang tidak sempat aku hadamkan semasa dan di antara masa kami bergelak tawa, di senggang waktu kami makan tidur, makan tidur, dan makan tidur lagi. Malah tulisan ini adalah satu percubaan untuk aku menyusun kembali fikiran dan perasaan yang datang tak diundang, satu prakata untuk memahami prarasa tentang sesuatu yang masih janggal untuk aku k
Have you ever missed someone in your dreams? Like you haven't seen them in the flesh for a very long time and there they are, right in front of you, so real you can feel your skin dented under the touch of their fingers. And some time at the very end you’d figure out that it is just a mind game, and very soon the illusion will end. And dreams like these hurt so much like they’re real. And doubly painful when you're dreaming your past memories. It doesn’t even have to be a particularly special memory, just you and them doing the mundanest things in places so familiar, but places you can’t ever go back because space, sometimes moves forward like time does. You can never go back to your old house because it’s no longer yours or it’s simply not there anymore. That shared bedroom you cleaned together on Sundays. The mamak you met after a hard day at work. They cannot be yours again. Even if you try your best you can tell it’s not the same thing. The sound, the air, the light, the sm
Ini adalah sambungan kepada tulisan yang pernah dikongsikan pada September 2013 : Vanila “ Apa maksud kau kau nak pergi jauh? Aku tak faham.” “Aku dapat tawaran sambung belajar di US.” “Aku tak kisah kau nak pergi US ke, London ke, Korea Utara ke. Yang aku kisah janji kita!” Dia tunduk, diam. Aku jalan mundar-mandir. Dalam hati ini bergolak seribu rasa. “Aku sudah tolak tawaran-tawaran yang aku dapat sebab kita janji kita nak study sini saja. Sampai hati kau buat aku macam ni. Sampai hati kau khianati janji kita. Khianati aku!” “Maaf.” Lama diam. Angin yang tadi bertiup pun ikut berhenti berhembus. Yang ada hanya sayup bunyi-bunyi budak bermain dari seberang padang. Sedikit demi sedikit aku menyusun pemikiran aku agar tak tersalah bicara. Dia bukan orang yang suka-suka buat keputusan tanpa sebab munasabah. “Baiklah. Jujur aku marah, aku tak faham kenapa kau macam ni. Tapi itu kita sembang belakang. Tentang tawaran yang aku tolak tu aku boleh cuba buat rayuan. Tapi hal yang penting sek
Comments
napeace: LOL.mmg rasa mcm PMS pon bila buat PSM ni. too much hormonal change =D