Senang

Senang buat lawak orang gelak.
Pakai baju perempuan, buat-buat pondan.

Senang nak dapat mandat rakyat.
Bagi habuan nak dekat pilihanraya, beri janji-janji manis segala.

Senang nak kata fesyen Islamic.
Pakai tudung singkat, pakai baju ketat.

Senang nak ramaikan program.
Panggil artis suara sumbang, wajibkan pekerja datang.

Senang nak dapat sokongan.
Putar isu basi, beribu-ribu kali dalam TV.

Senang nak patahkan lawan.
Korek rahsia dalam rumah, jerit dalam 'ceramah'.

Senang nak jatuhkan hukum.
Korek kitab cari 'fatwa', pakai ulama yang kena selera.

Senang ke?


Comments

Keon Safaai said…
senang tak bererti betul.
susah tak bermakna mustahil.
:)
Anonymous said…
Senang nak buat kawan2 hilang
Buat2 lupa tentang hutang
Najakia said…
Nisa Keon Safaai: betul betul betul :)

Gagak Itam: Sila SMS atau tweet jumlah hutang jika saya ada berhutang :D

Popular

Superficial

Coklat

Love-Hate