Pages

NAJNAJAKIA BLURGG

Di sini aku coret,lakar,conteng,lukis,catat,tulis,leter,bebel,sindir,ukir,pahat,tekap,warna cerita hidup aku

Wednesday, September 29

Kadang

Kadang aku tersadung,
Kadang aku mengeluh,
Kadang aku meraung,
Kadang aku mengaduh

Kadang aku tajam,
Kadang aku bodoh,
Kadang aku diam,
Kadang aku seloroh,
Kadang aku pendam,
Kadang aku rapuh,
Kadang aku geram,
Kadang aku patuh,
Kadang aku pejam,
Kadang aku tempuh,

Antara kadang dan selalu,
Aku bukan itu,
Itu bukan aku,
Aku antara dua,
Tak mahu memilih satu.

Tak perlu semua itu,
Biarlah kamu keliru,
Kerana antara kadang dan selalu,
Aku sudah kenal siapa aku.


“Dunia mahu kau berubah, kerana mereka percaya kau tak mampu mengubah dunia. Stupid.”

Monday, September 27

Mesej

The kind of SMS's that I prefer not having...

  1. "Esok ada perjumpaan/program etc. ...Sila hadirkan diri..." Esoknya: Tukang mesej tak datang.
  2. Unreplied messages.
  3. Too-little-too-late replied messages. Contohnya: "Aku nak pergi bilik kau ni.." Bila dah sampai," Weh aku tak ada kat bilik la.Sori..."
  4. "Mahukan video hangat awekz2 cun...SMS LAYAAAAAN... ke 28843"
  5. " RM 0.00... 1Malaysia..."
  6. "You have insufficient Airtime balance. Please reload your account..."
Siapa yang suka, iya tak?

Thursday, September 23

Graviti

Kadang-kadang aku lupa

Aku hanya manusia
Aku leka melompat bangga
Atas kejayaan yang tak sengaja

Aku hanya lelaki
Aku tegar meludah ke langit
Atas kegagalan yang dirancang sendiri

Aku hanya hamba
Aku ingkar sang pencipta
Atas alasan dunia yang direka-reka

Aku lupa berjalan terpasung aku di Bumi
Atas kerana diciptaNya graviti




sekuat mana aku melompat, aku akan jatuh juga,
aku akan sendiri terhina,bila ludah kembali ke muka
 NEWER POSTS OLDER POSTS HOME