Pages

NAJNAJAKIA BLURGG

Di sini aku coret,lakar,conteng,lukis,catat,tulis,leter,bebel,sindir,ukir,pahat,tekap,warna cerita hidup aku

Sunday, September 16

Kain

Masalah ni bagai kain pelikat yang hampir terlurut.
Kalau terus digulung pun bakal terlucut.
Jadi bertenanglah dan rungkaikan ikatan
Betulkan kain dan kuatkan lilitan.

*nak ganti pelikat dengan kain batik pon boleh.kain kapan pun boleh. ikut mana selalu pakai. lol

Wednesday, September 12

Nganggur

Mungkin lebih baik aku begini. Sendiri. Tak berbuat apa-apa. Tiada komitmen. Yang harus dipatuhi hanyalah jadual tidur,makan, dan TV. Tak perlu lagi fikir nanti kelas apa, makmal pukul berapa. But the most enlightening is tiada lagi keperluan untuk bersosial.
Kalau dulu mahu baca buku hendak berteman, mahu ke kelas hendak berteman, mahu makan pun hendak berteman juga. Berak tak teman ye, itu budak pompuan je okey. Ya, rasa ingin berteman itu, kehendak rupanya. Bila berseorangan baru aku tahu itu bukan keperluan. Menolak takut dikata anti-social? Tak ajak takut dikata sombong? Alasan je tu.

Elok sedap hidup begini. Mundar-mandir di laman rumah waktu pagi. Bila penat lari ke perdu pokok. Intai burung di celahan pokok. Baling batu pada ayam berkokok. Bila matahari sudah meninggi, masuk rumah baring atas lantai simen. Sejuk. Kalau dahaga cepat-cepat buka peti, botol air terus diteguk. Tak bercawan, tak bergelas. Kalau mak nampak, ha siaplah kena bebel.Setakat ni belum lagi kantoi. Tapi dah siap dah skema jawapan in case terkantoi, "Dekat universiti takde peti sejuk mak. Lupa pulak kena pakai cawan." Heh. *angkat kening*

Tapi bila petang siaplah. Rumah jenis takde pelan main renovate ni memang jadi ketuhar terbesar di dunia. Atap zink tak bersiling. Rasa disiat-siat kulit panasnya. Lalu larilah anak-beranak ke rumah bawah, sejuk perut mak dibuatnya, literally. Aku jugalah tukang lobi supaya TV diubah letak dari bawah zink panas berdesing ke rumah bawah yang sesejuk igloo (sila garis dengan pensel ayat ini sebagai contoh hiperbola ye murid-murid). Sebagai seorang bakal jurutera aku nampak macam-macam flaw pada design rumah ni. Masalahnya aku ni jurutera tak berpengalaman. Bukan jurutera sivil pulak tu.

Ikut hati nak diroboh semula, nak pasang siap solar panel bagai, kincir angin dan tak lupa swimming pool sebagai humidifier semulajadi. Barulah go green , go global. Jangan dibantai berkemban dek mak aku dalam pool tu sudah. Mahu nanti direjam batu oleh ayam-ayam peliharaan sambil berkokok dengan nada sinis. Mungkin mustahil hasrat aku nak roboh buat baru. Tapi siapa tahu dekat-dekat musim pilihanraya ni. Mintak dekat YB. InsyaAllah dapat. (Bintangkan perenggan ini sebagai contoh nada sarkastik ye murid-murid)

Jadi sekarang, itulah rutin aku. Tiada pindaan lagi setakat ni oleh pejabat akademik. Dan pejabat bendahari pun masih mampu menanggung biawak hidup macam aku ni. Same old, same old. Mungkin lepas ni boleh la korang kumpul kawan-kawan sebilik, se-office ramai-ramai; then dengan ala-ala concernnya mesejlah aku " buat apa tu?" dalam pukul 2 petang. InsyaAllah aku jawab "tengok sinetron." Kalau berani ajak la bos or lecturer sekali mesej aku dalam pukul 3. InsyaAllah aku jawab "tengok drama Philipines, Mara Clara." Korang gelakkan lah aku kuat-kuat sambil cakap "haha aku dah cakap mesti dia jawab tu punye!". Lepas tu boleh la korang sambung balik belajar atau kerja, tatkala aku kudap-kudap kerepek pisang, tak pun jilat-jilat aiskrim sambil goyang kaki tengok TV.


Tuesday, September 11

Say

Say it
If you missed me
Because it's killing you
not telling
Because it's killing me
not knowing

Shout it
If I'm far away
But that's probably stupid
Because you can text me anyway

Or post on my Facebook wall
Or tweet me on Twitter
Or post a video on Youtube

Ya. Ini post main-main. Haha. Padan muka.
 NEWER POSTS OLDER POSTS HOME