Pages

NAJNAJAKIA BLURGG

Di sini aku coret,lakar,conteng,lukis,catat,tulis,leter,bebel,sindir,ukir,pahat,tekap,warna cerita hidup aku

Saturday, August 15

im half awake,half asleep

alone
in a small room
make me realize of the time
wasted
and money spent
alone in the dark
shadows and spark
all entwine into one
one malaysia
aku mengarut cam org indonesia arghhh

Sunday, August 9

SINGLE but NOT AVAILABLE (now I understand this line)

Akhirnya termakbul jugak hasrat aku.aku single.tidur atas katil single.makan craft single...dan sekarang aku duduk BILIK SINGLE!!! Yahooooooo!

For more than one year i had live with my coursemate, having ups and downs, disagreements (double lock the door or just once), agreements (on airwick aroma gel,beds arrangements),
pow-mengepow each others food,now i had to go to a new room.

Mixed feelings-lah. Sedih ke happy sebenarnya? Well, I cannot accurately describe this because it is emotion. Emotions are not based in science. And if you can’t quantify or prove that something exists… in my mind it doesn’t.
[last 3 lines credited to Scarlet of G.I Joe]. Just blend it,and grind it, and digest it Naja!

Lepas ini, it is all up to me. Subuh kena pasang alarm, study and assignment kena
alert. Its kinda scary on second thought of this living alone thing.It's going to be HARD. but I'm not gonna regret on what I think right for me. Not before I try living alone. Hecks! Naja never equals to give up. Anybody living in single rooms, tips please...

-currently Boom Boom Pow-ing,the bass gonna rip my eardrums-
and sorrymy italics gone crazy. ridiculously crazy.mix lagi bahasa.

THIS POST IS DEDICATED TO SOL, FOR HIS IDEA, CAME THIS POST

Sunday, August 2

Mr Commitment is Dead

aku sekarang makin malas liat nak bagi komitmen. group work English aku lost. bertekak bertikam lidah segala.
kelab yg aku masuk makin aku pinggir.
siki-sikit.
makin lama makin mengosong komitmen aku.
aku jadi bebal dengan amanah
aku makin tebal dengan ala kadar aku.gitu-gitu je.asalkan jadi.
semua benda jadi half-heartedly done.or maybe less than half. aku memberontak.aku marah dengan diri aku, lalu aku marah dengan sekeliling.
aku tak boleh putus semangat time aku tengah bersemangat. aku tak boleh hilang support whhen the job requires support. bila aku jadi ketua group, aku jadi memberontak kalau ada yang wat slek.buat separuh hati.
sekarang aku yang separuh hati.
biar orang tahu apa rasanya dilayan begitu.satu sem aku jadi gila sebab ni. aku tak nak jadi gila lagi sem ini.
aku tak larat lagi jadi semangat bila yang lain,mcm aku sekarang,ala kadar.gitu-gitu.asal jadi.
Beri petunjuk Tuhan,adakah aku begini kerana aku suka melihat yang lain terseksa, atau memang kerana aku dah tak punya upaya?

Tengok.aku muram lagi.

Someone hurt me,then someone heard me

Aku tagih simpati Tuhan,
Tuhan beri aku simpatiNya...
melalui seorang kawan.

Ini doa yang aku diberi:

"Ya Allah,

Tuhan semesta 'Alam,

Yang PadaMu segala kemampuan,

Dan padaMu jualah segala keampunan,

Dengarilah suara hati para hambaMu yang hina ini,

agar kami tidak terlindung dari hidayah, rahmah dan 'inayahMu Tuhan.

Ya Allah,

sesungguhnya hambaMu ini telah menzalimi dirinya sendiri,

dirinya penuh noda dan dosa,

hatinya busuk sekali,

Alpa dan lalai,

tetapi pada tika ini terdetik di hati kami untuk memohon ampunanMu Tuhan,

janganlah Engkau pinggirkan diri kami yang jahil ini Tuhan,

kerana tanpaMu hidup kami tiada ketenangan dan arah tuju.

Ya Ar-Rahman Ar-Rahim,

jiwa ini kotor dengan maksiat dan dosa,

hati ini penuh dengan hasad dengki dan rasa cintakan dunia,

sehinggakan,

mati itu kami takuti dan kami jarang ingati,

Ampunkan diri kami Tuhan,

walau selayaknya kami diseksa di neraka,


namun ya Allah,

dengarilah rintihan hati-hati kecil ini yang terlindung di sini.

Ya Ar-Rahman,Ya Ar-Rahim,Ya Al-'Aziz,

limpahkanlah hati-hati kami dengan hidayahMu,

jauhkan lah kami dari terus bergelumang dalam hidup penuh dosa,maksiat dan penyakit hati ini,

Kami dambakan kasih sayangMu Tuhan.

Dengarilah suara-suara tangisan hati kami Ya Allah.

Ampunilah dan kasihanilah kami, Tuhan."


Terbit embun panas,terkumpul tak jatuh.

Kemudian katanya, "ati ko lembut.make sure isi dgn agame tau.tu je pesan aku."

"lg satu.please please please jangan kapel nanti ati rosak. rugi ko nanti. sebab nanti jarang ingat Tuhan."

Kawan aku masa sekolah. Kawan aku di dunia. Akhirat.

Aku akan cuba menjadi sebaik kau gambarkan aku,kerana aku tak sebaik gambaranmu.

Embun tadi menimbum,nak memecah.tak sempat.

Aku seka dengan jari.aku senyum kembali.

Terima kasih Tuhan,simpatiMu sampai pada aku



Saturday, August 1

A very H-one-N-one-ic Evening

hari ini lain bagi aku
aku bangun petang
dan aku rasa pilu
pilu tengok cahaya senja
pilu tengok orang merata-rata
dahi aku berkerut
mata aku berembun
tangan kanan aku genggam ujung bantal
genggam kuat-kuat
tangan kiri aku mengurut tepi dahi
aku tak tenang
banyak beban di bahu perlu aku tanggung seorang
aku cerita,orang tak dengar
aku pekik, orang pekak telinga
aku jerit, orang jerkah balik
tak payahlah aku cerita
masalah kecil kita
kecil di mata orang
masalah besar kita
kecil lagi di mata orang
biar aku pendam dulu
cukup masa aku luah pada Tuhan
Dia tahu aku
Dia dengar aku
aku sayang Dia, Dia sayang aku
aku sayang manusia, itu aku tak tau
Tuhan, aku sujud pada Kau malam ni
kejut aku ya
 NEWER POSTS OLDER POSTS HOME