Posts

Showing posts from August, 2010

Warna

Bila hidupmu pilu Ambillah sekotak pensel warna Mula conteng sesuka hatimu Tapi sebelum itu Campak dahulu yang warna kelabu Bila hidupmu ceria Cabutlah kasut dari hujung kaki Berlari ringan di atas rumput Baring sendiri menatap langit Diam. Dan hirup udara sepenuh dada. Bila hidupmu sunyi Lari ke taman sambil menyanyi Duduk dan perhati Kanak-kanak berlari Mengejar buih warna pelangi Then monotonous,now coloured.

Wanita

[ini juga adalah misi menge- post posts yang menyawang dalam laptop] Wahai Wanita, Anda perlu kuat seperti akar semalu, Walau halus tapi luas dan rapat mencengkam bumi, Anda perlu sedia seperti sedianya semalu, Tajam berduri mempertahan diri Anda perlu ada malu seperti daunnya semalu, Tahu menguncup,perlahan bila malam menjelma, Tahu menguncup,laju bila ada menyentuh. Wahai Wanita, Tutuplah tubuhmu sebagaimana patutnya. Kerana hati lelaki bergetar cukup dengan memandang bayangmu. Wahai wanita, Tutuplah tubuhmu sebagaimana dituntutNya, Kerana Tuhanmu tahu indahnya penciptaanmu lebih lagi dari kamu tahu. Wahai wanita, Andai kamu sudah menutup dirimu,jagalah pula tingkahmu, Kerana gelak tawamu umpama gemersik lagu, Lagak gayamu umpama pelangi berwarna seribu, Yang bisa membuat lelaki warak menatap dan menoleh, Yang bisa membuat lelaki jahat menggetap dan meleleh. Wahai Wanita, Janganlah kaubiarkan mudah lelaki untuk menyentuhmu, Sebagaimana tak mudah kaubiarkan dirimu dicerai dan dimadu.

Kalimah Lima Huruf

[ini adalah misi menge -post posts yang menyawang dalam laptop] CINTA Cinta sejati. Cinta yang di antara dua itu, Ada Tuhan dan keberkatan. Cinta yang kekal ada, walau harta sudah tiada, Cinta yang buta, Pada kedut dan hitam rupa. Cinta palsu. Cinta yang di antara dua itu, Ada Syaitan dan Nafsu, Cinta yang banyak mimpi, Sama banyak dengan manis janji, Cinta yang kalau ditalak tiga, Tak mungkin laku untuk dibicara. Cinta yang lagi banyak sentuh tangan, dari patuh pada Tuhan. Cinta itu sejati, Kalau sentuh sayang, Batal wuduk,dapat pahala. Cinta itu palsu, Kalau sentuh sayang, Batal wuduk,dapat dosa. Cinta sejati. Bila berpegang tangan. Andai berjumpa Rasulullah, Terus lepas pegangan, Sebab nak lari ke Rasulullah kerana rindu. Cinta palsu. Bila berpegang tangan. Andai berjumpa Rasulullah, Terus lepas pegangan, Sebab nak lari dari Rasullulah kerana malu. -Peringatan untuk aku. Aku. Aku. dan kamu-

Hurt

I’m sorry that I hurt you. All the ignorance and silence, Are as hurtful to me as they do onto you. I’m sorry that I hurt you, It’s just that I need some proof, That your attention isn’t some kind of joke, I’m sorry that I hurt you, I live so long hating myself, How am I suppose to believe that you are true, I’m sorry that I hurt you, Your tears and weary stares, Gain me nothing but pain. I’m sorry that I hurt you, When I hurt you, I hurt myself.