Pages

NAJNAJAKIA BLURGG

Di sini aku coret,lakar,conteng,lukis,catat,tulis,leter,bebel,sindir,ukir,pahat,tekap,warna cerita hidup aku

Wednesday, May 20

Boneka dan Pentas

Kita benar sekadar boneka
Yang mengidam lepas bebas merdeka
Bila dikerat putus tali yang mengikat
Melemahlah kaki melembiklah lengan
Tersengkek panduan menyeret langkahan
Terbungkam telapak tak terangkat tangan
Tak terlarat kudrat nafas tersekat
Tertunduk kepala merunduk malu
Tersesal hiba terjelepuk layu

Pentas nan sejengkal
Hanya dipingin akal yang dangkal
Mahu dirisik dimilik
Mahu dipeluk ditakluk
Sungguh kalau ditilik kan nampak jelik
Seburuk binaan rebutan makhluk
Jadi hinaan malaikat dan syaitan
Jadi bahan ketawaan Tuhan

Hah!






Tuesday, May 19

Cinta/Rindu

Cinta itu seksa yang diminta. 
Biar perit hati menjerit, masih jerih dipinta dicari. 
Memekik harap, meminta raga, 
Melilit jasad, meronta jiwa,
Mencekik waras, menyesak dada.

Rindu itu sakit yang ditahan.
Bagai berlari tak berhenti, tiada mula tak nampak akhiran.
Mengelak lopak, meneroka jalan,
Meranduk lumpur, terus ke depan,
Tersadung bangkit, terduduk jangan.

Yang mencinta dicinta saling menyeksa terseksa,
Yang merindu dirindu saling menyakit tersakiti.

Aku dan engkau,
Menyeksa dan terseksa,
Menyakit dan tersakiti.

 NEWER POSTS OLDER POSTS HOME