Posts

Showing posts from September, 2022

Train to Dabong III

Image
 “Sunrise! Sunrise!” Ada sekumpulan lelaki menjerit-jerit di luar khemah.   “Siapa tu?” Tanya Adeng, mamai. “Orang nak tengok sunrise ,” aku jawab. “Sekarang pukul berapa?” “Lima.” “Tak logik.” Adeng, adeng. Malam semalam mengigau macam kena sengat lipan, pagi buta ni membebel pasal logik pulak. Hahaha. Aku dah tak boleh tidur balik. Saiful pun melilau dekat luar. Jadi aku bangun dan duduk dekat unggun api. Apinya dah malap tapi baranya banyak lagi, jadi aku kutip-kutip daun buluh jadi bahan bakar. Kami sembang sekejap pasal cerita Atoq malam tadi. Tak lama kemudian Atoq datang. Sama terjaga sebab khemahnya dekat laluan orang pergi tengok sunrise . Atau mungkin juga sebab khemah muat satu Bad disumbat tiga orang. It’s so ridiculously early still , sebab lama juga kami bertiga bersembang sebelum nampak cahaya matahari terbit. Tak logik. Tapi baguslah dapat juga tips dari Atoq. Katanya untuk gatal-gatal digigit pacat letak krim atau minyak but-but. Aku ingat parut aku yang gatalnya sampa

Train to Dabong II

Image
“Bangun, bangun!” Suara Afiq memecah dengkuran Syed   igauan Adeng kesunyian pagi. Ada garis cahaya jingga di kaki langit.   Inilah sebab kami semua di sini.   Inilah sebab kami sanggup bermusafir ke negeri asing.   Inilah sebab kami mendaki ribuan kaki. Demi melihat sedikit bayangan syurgaMu.   Bilah-bilah matahari membelah awan menghangatkan kulit yang masih berbintik-bintik dibalut sejuknya angin pergunungan malam tadi.  Warna jingga yang tak jemu membahagikan malam dan siang, sedang masa terus-menerus mengalir walau seribu kudrat cuba menghentikan, masa yang tidak pernah kisah. Jadi aku kutip memori masa dalam bentuk foto dan video, kemudian aku lepaskan masa itu berlalu, kerana dia tidak memikirkan pun kita ini dalam bahagia atau pilu. Kerana cahaya itu masa dan masa ingkar dari dipenjara. Yang terakam hanya piksel-piksel cahaya palsu yang menyamar menjadi cahaya ilahi, sedang sang matahari tetaplah sembilan puluh juta batu jauhnya, bahang yang hinggap pada tubuh kita hanyalah s

Train to Dabong I

Image
Perjalanan Mentakab-Dabong-Mentakab adalah antara satu perjalanan yang paling bermakna dalam kehidupan dewasa aku yang tak ingin aku ulang. Bukan kerana aku tidak sukakan kereta api, bahkan bagi aku tiada kenderaan yang lebih mengujakan. Bukanlah kerana jarak perjalanannya yang panjang, malah ada yang merantau sejauh Selangor dan negara Johor. Bukan kerana perlu mengangkat beban, kerana ada yang mengheret bagasi yang jauh lebih berat. Bukanlah kerana mereka yang aku jumpa dan berjumpa kembali adalah mereka yang aku tidak berkenan, malah jika hilang seorang tidak lengkaplah perjalanan ini. Tetapi kerana pada epilog perjalanan ini, terbit rasa-rasa yang tidak sempat aku hadamkan semasa dan di antara masa kami bergelak tawa, di senggang waktu kami makan tidur, makan tidur, dan makan tidur lagi.  Malah tulisan ini adalah satu percubaan untuk aku menyusun kembali fikiran dan perasaan yang datang tak diundang, satu prakata untuk memahami prarasa tentang sesuatu yang masih janggal untuk aku k