Seorang


Sekali-sekala rasa sunyi itu akan datang
Bila habis kerja balik petang
Yang menyambut hanya lompong ruang
Jadi rutin turn on PC
Tengok drama bersiri atau setengah jam komedi
Paksa diri membahak ketawa
Malu mengaku kosongnya jiwa
Habis punchline dan lawak slapstik
Merenung skrin hitam dicakar kredit
Kembalilah diam mengira detik
Membenci diri menyalah nasib.



Apalah hinanya hidup merantau
Kawan tiada kasih pun nan hado
Bagai sesat di hutan kandas di pulau
Hidup segan mati tak mahu
Sedang yang lain punya teman
Punya kawan punya keturunan
Kerja impian kereta idaman
Hujung minggu pergi berjalan
Hujung tahun membelah awan



Aku masihlah terceruk di sini
Di aroma Bangladeshi dan kilang industri
Gadai nyawa mencelah lori



Tapi tak dilenyek lori sekalipun
Tak menjamah toksik asap beracun
Pekan ini sudah pun merubah aku

Aku sudah tak mendengar muzik macam dulu
Lirik dan rentak tak bermakna lagi pada lagu
Sekadar penghalau sunyi pada ruang  yang kosong

Aku sudah tak menonton filem seperti dulu lagi
Lakon dan kualiti bukanlah prioriti
Asalkan dua tiga jam dapat diisi
Dari terperuk di rumah membenci diri



Aku tak tahu kalau ini depresi
Atau sesal terpendam jarang terekspresi
Pada sesiapa rangkap-rangkap ini dibaca
Tahulah aku bukannya @arlinabanana
Mungkin sekadar krisis eksistensial
Mungkin juga aku tak exist, hanya sial

Oh,
Apalah yang lain peduli


Comments

Unknown said…
Boring dgn life skrg ke bang? Senasib la kita...haha
Anonymous said…
As always..
Well writen!
love the way you use imagery and metaphors
Najakia said…
>Ezwan : Aku senasib dengan ko Ezwan? Aduh maknanya malang betul ni hahahahaha

>Anon : Awhh thanks...now tell me, why are you stalking me? *tetiba* lulz
Mcm syok je life cmni. Hehe
Anonymous said…
Lol

(*__^)

So next please..
Cause I'm waiting

Popular

Train to Dabong I

Dream A Little Dream of Me

Bandarasa