Posts

Showing posts from 2022

Bandarasa

Image
Ada yang tak sempat aku katakan Padamu yang tidak lagi hadir dalam lamunan Ketika kita bertemu di suatu bandar di hujung negeri Mencari nama pada rasa yang tidak kita mengerti Ada yang tak sempat aku fahamkan Ketika kita memerhati bandar ini dalam diam Penghuninya yang sibuk menelusur jalan-jalan yang tidak teratur Tidak seperti negeri desa yang sudah aku huni Hampir dua tahun tak lama lagi Bandar yang menjadi saksi pertemuan kita yang hampir sedekad Bandar yang menyimpan banyak rahsia dan cerita Tetapi angin selat Melaka bagaikan terhenti di sini hari ini Menyesakkan Sehingga pancaindera aku menjadi tumpul Buta dan tuli dengan kata-kata yang tersirat Sedangkan itu adalah bahasa kita Semenjak hari pertama hingga tujuh tahun lamanya Ada yang tidak sempat aku luahkan Padamu yang aku lihat tersenyum Tiada lagi garis kerisauan di dahimu Tiada lagi ketegangan dalam suaramu Engkau aku lihat tenang Apabila kita berbicara tentang masa depan Ada keyakinan dalam renung matamu Ada kesabaran dalam

Pertemuan Terakhir

Sepertinya aku perlu bersendiri. Hingar suara biar pun dari seorang bagai menampar gegendang telinga. Dan aku benci bila aku membenci. Lagi-lagi pada yang aku kisah untuk kasihkan. Pertemuan kita yang terakhir nampaknya lagi menambah sesak dalam dada. Dunia melihat kita gembira, walhal deritalah yang mencantum hati kita. Kita cuba merungkai tali-tali takdir yang sudah terlalu kusut, hingga terlilit jari-jari kita sewaktu kita bertingkah tentangnya, di hujung malam yang kian kemamar. Sedangkan masa dan mata sudah letih menunggu kita, masih lagi aku mencuba kerana ada ketulusan dibalik tali yang bergumpal ini . Tetapi akal dan pengalaman yang dangkal manakan mampu mengundurkan tiga dekad yang dosa dan derita. Wahai teman, entah mengapa aku merasakan sudah sampai kita di garis perpisahan. Cabang di jalan ini menduga kaki yang letih untuk terus berjalan. Keletihan yang aku takut bercambah menjadi api, membakar kita bersama. Jika benar perkiraannya, tidak ada lagi yang mampu aku tawarkan ke

Train to Dabong III

Image
 “Sunrise! Sunrise!” Ada sekumpulan lelaki menjerit-jerit di luar khemah.   “Siapa tu?” Tanya Adeng, mamai. “Orang nak tengok sunrise ,” aku jawab. “Sekarang pukul berapa?” “Lima.” “Tak logik.” Adeng, adeng. Malam semalam mengigau macam kena sengat lipan, pagi buta ni membebel pasal logik pulak. Hahaha. Aku dah tak boleh tidur balik. Saiful pun melilau dekat luar. Jadi aku bangun dan duduk dekat unggun api. Apinya dah malap tapi baranya banyak lagi, jadi aku kutip-kutip daun buluh jadi bahan bakar. Kami sembang sekejap pasal cerita Atoq malam tadi. Tak lama kemudian Atoq datang. Sama terjaga sebab khemahnya dekat laluan orang pergi tengok sunrise . Atau mungkin juga sebab khemah muat satu Bad disumbat tiga orang. It’s so ridiculously early still , sebab lama juga kami bertiga bersembang sebelum nampak cahaya matahari terbit. Tak logik. Tapi baguslah dapat juga tips dari Atoq. Katanya untuk gatal-gatal digigit pacat letak krim atau minyak but-but. Aku ingat parut aku yang gatalnya sampa

Train to Dabong II

Image
“Bangun, bangun!” Suara Afiq memecah dengkuran Syed   igauan Adeng kesunyian pagi. Ada garis cahaya jingga di kaki langit.   Inilah sebab kami semua di sini.   Inilah sebab kami sanggup bermusafir ke negeri asing.   Inilah sebab kami mendaki ribuan kaki. Demi melihat sedikit bayangan syurgaMu.   Bilah-bilah matahari membelah awan menghangatkan kulit yang masih berbintik-bintik dibalut sejuknya angin pergunungan malam tadi.  Warna jingga yang tak jemu membahagikan malam dan siang, sedang masa terus-menerus mengalir walau seribu kudrat cuba menghentikan, masa yang tidak pernah kisah. Jadi aku kutip memori masa dalam bentuk foto dan video, kemudian aku lepaskan masa itu berlalu, kerana dia tidak memikirkan pun kita ini dalam bahagia atau pilu. Kerana cahaya itu masa dan masa ingkar dari dipenjara. Yang terakam hanya piksel-piksel cahaya palsu yang menyamar menjadi cahaya ilahi, sedang sang matahari tetaplah sembilan puluh juta batu jauhnya, bahang yang hinggap pada tubuh kita hanyalah s