Pages

NAJNAJAKIA BLURGG

Di sini aku coret,lakar,conteng,lukis,catat,tulis,leter,bebel,sindir,ukir,pahat,tekap,warna cerita hidup aku

Tuesday, March 31

Yours Forever

You make me feel beautiful
Most mundane things become so playful
When you act all so busy and thoughtful
I'd lock our toes under the table
And you’d give your best face at being disdainful
Well, almost
Until you’d break your character
And your stifled smile now a burst of laughter
And you can now be sure
That I am yours forever

And like little kids on a little adventure
We’d never go sick of being together
We’d see beauty in the littlest things
We’d laugh at the silliest things
And I know you’re the happiest
When you steal a few glances
And timidly touch my fingers
And I will hold you a bit longer
Because I am yours forever

Friday, March 27

Jiesti

Atuk bongkok duduk tercongok
Opah melilau menengok-nengok
Tunggu dibantu beras dan susu
Nak beli sendiri tak cukup mampu

Dulu semua cukup-cukup saja
Habis dijual terung dan petola
Duit yang dapat sekadar dibelanja
Sekarang semuanya kena dikira
Yang ada habis tak pernah bersisa
Keliling pinggang berhutang pula

Untungnya dituai apa ditanam
Sekarang ditolak seperatus dan enam
Apalah nasib memilih Najib
Disangka karib rupanya ifrit

Ingat dah tua hidup selesa
Dapat bersara hidup ditaja
Datang Ji Es Ti sengsara mari
Sibuk berkira tak ingat mati

Alahai cukai
Alahai 
alahai!


Monday, March 16

Biar Aku Bermimpi

Hidup tak berilham,
Datang siang nanti malam,
Jumpa malam tunggu terang.

Ah.
Mengeluh-kesah
Bersusah lelah
Tapi kaya
Tak pernah kunjung
Penatnya rasa
Tak berpenghujung

Kata aku semakin tawar
Tawa aku semakin hambar
Tangis aku semakin hiba

Tapi kering tak berair mata

Biarkan aku sendiri
Biarkan aku mimpi
Kerana indah seribu kali
Imaginasi dari realiti

Friday, March 13

Lama Tak Berjumpa

Ibu sudah lama kita tak bicara.
Abah, tetapkah kita janggal yang sama?

Hari itu
Waktu balik libur di Surabaya
Dalam sesak rambu jalan raya
Aku sumbat cuping dengan fon telinga
Tatal skrin telefon dan tekan Spotify
Lagu Michael Buble kudengar sendiri di celah ramai
Dan tiba-tiba
Jatuh sendiri air hiba

Alun lagu Just Try a Little Tenderness itu
Sudah aku dengar berpuluh kali ulang
Yang dulunya aku interpretasi
Cerita sang isteri yang inginkan hanya cinta
Terimaji semula sebagai derita bonda

Betapa pakai ibuku usang dan kurang
Betapa di benak fikirnya banyak sengsara
Betapa yang ibuku perlu hanya cinta anaknya

Betapa ibu yang dulunya remaja
Pernah ada mimpi dan cita
Akhirnya menjadi suri yang lara
Melayan karenah anak yang ramai
Diuji anak yang jahat perangai
Tersepit nasib yang serba kurang
Terhimpit rumah yang sempit ruang
Terjerit tidak, diluah dalam

Namun kadang ada terbit waktu
Menangis terduduk ibu di bingkai pintu
Diperhati anak-anak yang tak faham tak mengerti
Manakan adil buat ibuku hidup yang ini
Mengadu nasib juga tak punya ruang sendiri!

Dan abah,
Dalam diamnya aku nampak jeritan jerih
Melihat belakang badannya aku sedih
Keringatnya mengalir tak minta simpati
Kudrat dikerah setengah mati
Sekerap getah kau asbabkan rezeki

Dan kau dan ibu selalu seloroh
Busuk bau getah ini bau duit!
Dan kami ketawa dan lari
Dihulur tangan berbau rezeki

Aku sudah dewasa kini
Walau aku tak punya apa
Tapi tetap pasti juga
Aku anak yang kau bangga

Maafkan aku

Ibu, malam ini ayuh kita bicara.
Abah, jangan kita janggal lagi ya?

Monday, March 9

Pentas

Lorong ke dewan terang-benderang. Kosong tiada manusia. Aiman tolak pintu bertampal kertas tercoret “Madam Rita’s Open Audition”. Gelap.

“Berdiri di tanda ‘X’ dan mula menyanyi,” kata satu bayang besar di bangku penonton.

“Terus nyanyi?” Tanya Aiman sambil memanjat tangga pentas.

“Ya. Sing.”

“Lagu…lagu apa, madam?”

Can’t you just sing for God’s sake! Negaraku, lagu raya, whatever!

Aiman capai mikrofon. Terjatuh. Bunyi bingit bergema. Bayang itu mendengus, kertas di tangannya dilempar ke pentas.

Nyanyiiiiiiii!!!”

Aiman panik. Mikrofon bergolek hilang dari bawah cahaya lampu sorot. Aiman menggagau dalam samar.

Bila Aiman mendongak, bayang itu membesar, mendaki tangga.

“Kalau ada stage fright, jangan datang audition aku! Faham!?” Madam Rita berdiri satu kaki depan Aiman.

Aiman bingkas bangun. Aiman rentap mikrofon di tangan. Tak sedar wayarnya berselirat di bawah kaki Madam Rita. Terlilit di betisnya. Madam Rita jatuh. Ke bawah pentas. Kepala dahulu.

Aiman tertiarap atas pentas. Mikrofon masih digenggam. Aiman menjenguk ke bawah pentas. Aiman hidu hanyir darah. Aiman dengar bunyi nafas. Perlahan, tersekat-sekat, kemudian senyap.

“Oh, shit.”

***

Lorong ke dewan terang-benderang. Kosong tiada manusia. Haida tolak pintu bertampal kertas.

Madam Rita’s Open Audition.
Live and die on the stage.


Haida nampak satu susuk besar terbaring. Haida nampak merah. Haida jerit.
 NEWER POSTS OLDER POSTS HOME