Posts

Showing posts from October, 2022

Pertemuan Terakhir

Sepertinya aku perlu bersendiri. Hingar suara biar pun dari seorang bagai menampar gegendang telinga. Dan aku benci bila aku membenci. Lagi-lagi pada yang aku kisah untuk kasihkan. Pertemuan kita yang terakhir nampaknya lagi menambah sesak dalam dada. Dunia melihat kita gembira, walhal deritalah yang mencantum hati kita. Kita cuba merungkai tali-tali takdir yang sudah terlalu kusut, hingga terlilit jari-jari kita sewaktu kita bertingkah tentangnya, di hujung malam yang kian kemamar. Sedangkan masa dan mata sudah letih menunggu kita, masih lagi aku mencuba kerana ada ketulusan dibalik tali yang bergumpal ini . Tetapi akal dan pengalaman yang dangkal manakan mampu mengundurkan tiga dekad yang dosa dan derita. Wahai teman, entah mengapa aku merasakan sudah sampai kita di garis perpisahan. Cabang di jalan ini menduga kaki yang letih untuk terus berjalan. Keletihan yang aku takut bercambah menjadi api, membakar kita bersama. Jika benar perkiraannya, tidak ada lagi yang mampu aku tawarkan ke