Posts

Showing posts from August, 2012

Bintang

Harapan itu hapus dijamah Bagai gugus bintang yang lenyap Dilitup subuh yang merah Diraja matahari yang meluap Dan kita masih terus membuntang Menggantung harap dan ingin Satu per satu seperti bintang Muncul teratur di senja yang mendingin Dan malam itu kita terlentang Memandang langit yang telanjang Telah kita tiup jauh awan penghalang Bernafas perlahan seperlahan putarnya bintang Dan embun yang membutir di bulu mata Menerbit masinnya air mata Lalu dalam gelap legam dan sejuk membeku Tanganmu kugenggam, sama menangis tersedu.

Maraton

Empat tahun ini cukup memayahkan. Cukup melelahkan. Bagai satu maraton yang cukup panjang. Cuma bezanya (dan malangnya) leher ini terbelenggu tak dibenar berhenti. Dipaksa berlari; maraton yang panjang dan tak betujuan. Mulanya tidak pasti adakah ada sorak menang di hujungnya. Tidak juga pasti adakah ada segelas air buat penghilang dahaga. Dan rantai yang tegang menyentak leher ini dulunya kendur, kerana masih punya kudrat. Kerana masih mengharapkan di akhir garisan nanti dicurahkan nikmat. Satu ketika dulu langkah yang takut-takut itu mula melangkah berani. Kukuh. Padu. Sekata. Confident. Foolishly confident . Heh. Namun langkah mati bila sedar diri sudah tertinggal di belakang. Rantai yang kendur kini mencekang. Entah mana silapnya, mana pergi upaya. Teman yang ada dulu terus memecut. Kaki diheret, namun makin sulit. Di kiri kanan jalan manusia mula menjerit. Hina keji maki. Diludah ditohmah difitnah. Lalu kaki melonglai, lutut menghentak lantai. Berapa lama aku merangkak

Me and You

I want to be more like You. Kind and caring. Composed and cool. Funny and fun. I want to be less like me. Baran Malas Penakut Selfish Anti-social Pessimist Pushy Judgmental But if that is the case, Why do You still treat me so nicely? Why the warmth? Why the smile? Why the attention? Why the patience? "Don't know why You love me. That's why I love you."  - Beyonce Knowles -