Pages

NAJNAJAKIA BLURGG

Di sini aku coret,lakar,conteng,lukis,catat,tulis,leter,bebel,sindir,ukir,pahat,tekap,warna cerita hidup aku

Sunday, September 8

Vanila

Petang itu aku berjumpa dengan dia di pangkin sebelah padang. Berjumpa atas permintaannya. Jadi aku tahu ini mesti hal penting.

“Kenapa?” aku cuba memulakan.

Dia menoleh, kemudian kembali membelakangi aku.

“Panas kan cuaca sekarang?” balasnya dengan pertanyaan.

“Hmm.”

“Kau dah makan?”

“Dah.”

Sunyi kembali. Ah, aku benci begini. Kenapa mesti kau tanya soalan yang aku boleh jawab sepatah?

Dia berpaling. Tenung aku.

“Kenapa aku tanya kau jawab sepatah je?” soal dia bagai membaca apa dibenak aku.

“Sebab kau tak jawab soalan aku dulu.”

“Ha ha ha! Itu pun nak sentap.”

“Ha ha ha.”

“Kenapa kau gelak?”

“Eh. Sentap tak boleh, gelak pun tak boleh? Melampau.”

“Ha ha ha.”

“Jadi… kenapa kau nak jumpa ni?” aku mencuba lagi bertanya sebelum sepi menyusup masuk.
Dan dia balas pertanyaan aku dengan senyuman. Kembali tunduk merenung kaki.

You’ve gotta be kidding me.  Did you just ignore my question? Geram.

Pandangan kami teralih ke seberang padang. Ke arah dering loceng Uncle penjual aiskrim.

“Nak aiskrim?” tanya dia. Aku tunduk, diam.

“Kalau nak aku belikan.”

Aku terus diam. Rasakan. Taste your own medicine.

Dia bingkas bangun.

Dari hujung mata aku nampak dia kembali dengan sebatang aiskrim vanila. Sejurus duduk dia membuka pembalut aiskrim.
Kurang ajar makan seorang.  And since my favorite flavor is vanilla, and I know yours is chocolate; this is obviously an attempt to punish my silence.

Hampeh betul.

“Nah. Kau suka vanila kan?” sambil aiskrim dihulur ke arah aku. Wow, I didn't see that coming.

“Err…ha’ah. Thanks….kau…kau punya?” Aduh, rasa bersalah pulak. 

“Coklat takde. Makanlah.”

“Nasib baik vanila ada kan? He he.”

“Weh… kalau aku takde nanti…macam mana?

“Ha? Kau takde…tak merasa lah aku aiskrim free! He he.”

“Maksud aku kalau aku dah takde, kau macam mana?

Aku pandang muka dia. Serius.


Kali ini tiada senyuman. Kembali dia tunduk merenung kaki.
 NEWER POSTS OLDER POSTS HOME