Pages

NAJNAJAKIA BLURGG

Di sini aku coret,lakar,conteng,lukis,catat,tulis,leter,bebel,sindir,ukir,pahat,tekap,warna cerita hidup aku

Monday, January 31

Zulfadhli Azlan

Kau okay tak kat sana?
I was freaking out when I know how serious things in Egypt now.
Gunshots, raping, burglaries, prison-breaks...
Gila kot.Gila.
Better be okay Zul
Just pack your bags and go home already [credit to Tyra]

Serious, aku cuak ni. Balik, now.

Friday, January 28

Hujan Lagi!

Adeh, aku ingat musim hujan dah stop. Lama jugak musim hujan kali ini. Global warming. Blame it on those SKP undergraduates. LOL.

Sempena hujan yang kadang-kadang tak menentu ni,mesti tak ingat nak bawak payung. So, aku bagilah kat korang tips untuk meredah hujan dengan jayanya. Aku ni suka sangat tengok dokumentari. Huge fan of National Geographic & History Channel. like HUUUGE. So, apa yang aku nak cerita, mungkin dah selalu dah dengar. Anyway, jom terjah those tips...

  1. Kalau hujan, mestilah ada petir dan kilat. Jadi elakkan menjadi objek tertinggi pada satu kawasan lapang. It might hit you, and burn you like a marshmallow. Owh, the rule don't just applies on tall and handsome guy like me. Yes, you too short people =P
  2. Kalau hujan tiba-tiba, larilah dengan tak malunya menahan kereta. Jangan lepak bawah pokok. Bukan, bukan kerana amalan melepak itu tidak bagus. Just that, trees are more likely to be stroked by lightning. While fully enclosed place like a car (or a house) not. I don't know what to answer if you ask me '"what about a tree-house?" Itu aku terus bagi penampar Arab.
  3. Hujan kan air. Kalau kena kan basah. So pada siapa yang tak suka basah dalam hujan, jangan lari bila hujan. Ya, saya ulang, JANGAN LARI. You will be more prone to be wet kalau lari, sebab lagi banyak aurat surface korang dedah pada air hujan. Ini aku tengok kat NatGeo tau, jangan nak bantah =P Try this , it makes perfect sense really.

That's it.Renung-renungkan, dan... selamat beramal!

p/s: Aku tau ada contradiction antara tips#2 dengan tips#3. To run or not to run??? Jangan tanya saya, kerana jawapannya adalah...ya, penampar Arab ya habibi. 10 markah untuk kamu.

Monday, January 24

Mencari Peneman Sunyi

You got friends who said they love you. You got family that admitted they understand you. You felt secured and you want to open up, but your heart stopped you, because it felt that you’re not. What’s that little uneasiness you experienced when you’re trying to be you? What’s that little uncertainty that came in the middle of conversations? What’s that sudden rush to stop your mouth and zipped your lips?

Between those laughs and smiles, you found that hole inside your heart. One that can’t be filled with mere friendship, clumsy relationship. A hole too deep you can’t see the bottom, one too dark it sucked all light. One hole you kept hidden all this time. You covered it with fake smiles and forceful laughs. You want to show it to your best friend, but you know he wouldn’t come near.

You longed for something, but you don’t know what you longed for. You want to be you, but can you tell who are you? All this time, all those friends you acquired, all those people besides you, all those Facebook friends, all those trust that you gained... It was all for nothing, because in the end, you are still alone.

As you browsed the phone, you can’t find a name you can call. You noticed that your best friend is online, but you hesitated to tell him you’re not fine. You’re alone, but sure thing you can’t tell that to a friend. But a friend you can’t tell that, is he really a friend?

So, you crept into the bed, trying to sleep off another lonely night, after all those lonely nights you experienced before. With all the time facing the same torture, you thought you’d be stronger, but to end this is what you prefer.

We all are alone, we all are on our own. Until the meeting of the fateful one, I’ll be waiting in vain, i’ll remain in pain.

Hey, are you alone? I am too, so let me accompany you.

Hanyut

Hanya kerana Kau tiada pernah bersuara padaku
Lalu ku anggap tiada Kamu
Aku tinggalkanMu
Aku lupakanMu
~Beri aku satu peluang, walau jutaan kali pernah Kauberikan~

Friday, January 21

Recipe: Kari

Satu lagi siri baru dalam blog aku yang takde konsep; resipi! Memang passion aku tgk cerita masak-masak kat AFC(Asian Food Channel), just stalk Facebook aku, you will notice "Top Chef". Memang terbaik, Amazing Race pun tak cemas macam Top Chef. But why recipe, and why now? Soalan dari orang putih yang maybe baca blog aku, aku akan jawab. I have started cooking, or at least tolong tengok and potong-potong =p

Sempena Thaipusam agaknya, classmate merangkap budak blok aku beli cooker, RM 120++ jugak dia berhabis dekat pasar raya Gergasi Giant. Mentang-mentang duit ribu raban dah masuk. And to start using it, he decided on making chicken curry! Kalau aku, maybe Maggi Kari je kot. LOL. Aku tak tau kari ayam susah ke tak nak dibuat, yang aku pasti aku nak jugak cerita dekat dalam ni sebab aku ni cepat lupa. So now, this is my blog/cookbook! Clap clap clap...!!! Recipe given is the simplified version okay, sebab dah tak ingat dah (see???!)

Tumis
1) Bawang besar sebijik (dice ke, ring ke suka hati, janji ada)
2)Bawang putih seulas dua ( tips:smack dulu dengan pisau,so senang kupas)
3)Halia (setongkoi cukup kot, slice halus-halus bentuk macam fries)
4)Minyak masak (elakkan minyak lintah, tak sesuai)

Main
1) Ayam (beli yang dah siap potong- better kalau fillet,cepat sikit masak =p)
2)Santan (kami pakai kotak je, cairkan kalau pekat)
3)Serbuk kari (Gunakanlah pak cik Babas punya okeh)
4)Serbuk cili (Malaysians just love pedas, don't we?)
5)Kentang (kupas,potong empat)
6)Garam (sekucup secukup rasa)
7)Air (jangan guna air Teh, tak sedap sangat nanti)

Yang tumis, tumis sampai naik bau atau sampai nampak warna golden yang cantik (tips: kalau bawang besar dah hilang bentuk lengkung, kira okey dah)

Yang main, masukkan dalam tumisan (wujud ke term ni?) Kuantitinya pandai-pandailah adjust ikut selera (lupa sebenarnya). Kayu ukur untuk ayam yang masak ialah kentang yang empuk. Easy!

Kalau nak lagi sedap (a.k.a sepatutnya kami beli benda ni)
1-Ajinomoto
2-Daun kari
3-Asam jawa

All those savvy tips are from my friend, no Googling were made okay. Memang terbaik kawan aku.

Tuesday, January 18

Denda! (Siri Meniru Rakan)

Okeh, for the very the very first time I will tiru my blogger friend topic: denda.
Baiklah, ikat tali pinggang keledar anda, kerana anda akan saya bawa merentas ruang dan zaman, membelah space and time continuum (sila imagine kertas kalendar terselak-selak) , menyelak kembali lembaran sejarah, melukut di tepian gantang, menanam tebu di pinggir bibir, dan segala macam 'me-' lagilah... untuk menyelami dan menelusuri kembali, denda-denda yang pernah saya terima sepanjang dekad pertama dan kedua kehidupan saya. Enuff of bunga-bunga, let's get down to the facts yawww....

Masa sekolah rendah, denda cikgu bagi memang standard dengan orang lain kot. Tak kuasa aku nak cerita teknik-teknik melangsaikan denda berbentuk ketuk-ketampi, jalan itik, berdiri atas kerusi. Itu mudah. But lemme tell you something, aku kira baik jugaklah masa sekolah rendah. So denda-denda ni memang jarang kena. Tapi ada denda yang aku tak akan lupa sampai bila-bila...

Masa sekolah agama, petang Khamis mesti ada macam persembahan dari murid. Nasyid ke, syarahan ke... Waktu talent time ni, tak boleh bising-bising. Kalau tak pengawas tulis nama. During the talent time tu, duduklah aku sebelah jiran aku ni. She ask me something, so aku jawab la. Dengan takdir Tuhan, nama aku kena tulis. Herem. Kenalah pulak ustat aku twist sikit denda hari tu. Atoiii... Berdiri depan kat atas pentas depan public.Biasa? Oh, here's the twist: kena bukak baju! Hancur reputasi aku sebagai pengawas sekolah kebangsaan. Hancur! But as a man with pride (not yet lost walau dah bukak baju), aku pertikaikan keputusan aku didenda time tu jugak.

Dengan tangan bersilang di dada, aku cakap,"Ustat tak boleh buat macam ni. Sepatutnya pengawas kena bagi amaran dulu, baru boleh tulis nama. Ini terus tulis je..."

Macam tu lah lebih kurang aku cakap. Siap guna ilmu kepengawasan sekolah kebangsaan lagi nak debat. Ustat jawab apa aku tak ingat, but one thing aku sure is muka dia berubah. First time dia handle student yang rebellious kot. Haha! Sori ustat, malu kot orang tengok dada dan apa yang ada di dada saya.

Alamak, baru satu denda dah panjang. Nantilah aku cerita yang lain dekat next posts. Tapi kan, alang-alang aku dah cerita pasal zaman sekolah, ada satu lagi cerita aku nak cerita. Ok, pening banyak sangat cerita.

Cerita ni masa aku darjah 4 tak silap. Dalam kelas Sains,kelas Cikgu Suriani. Dia ni orang kelate, so dia sebut beluncas = ' belucah'. Mengengsot dia sebut 'ngesok'. Bagi bebudak itu kelakar kot, and aku still rasa kelakar kot. One day, dia ajar tentang bahaya hisap rokok. So, standard cikgulah mesti dia tanya apa lagi keburukan merokok... Pung pang pung pang budak bagi jawapan. Aku ni suka baca Mastika dulu. Walau tak paham mende aku baca dari Mastika, dengan naifnya aku jugak menjawab, " Mati pucuk, Cikgu!"

No, takde drop dead silence aku terima dari kelas bila aku cakap benda advanced macam tu. Sebab nobody paham maksudnya. Almost instantaneously, Cikgu Suriani gelak kekeh-kekeh. Non-stop. Semua budak-budak jadi blur. Kelakarkah? Salahkah jawapan aku? Atau gilakah? Merah padam muka aku. No explanation at all from her why, sebab dia tak boleh stop gelak. Sampai habis kelas dia gelak.

Balik sekolah, campak beg, aku bergegas cari Mastika nak tau maksud 'mati pucuk'.Tak faham walau dari konteks ayat sebab mende tu just one of many other contoh. Ahah! aku selongkar cari buku simpulan bahasa. Huruf M. M. M.... There you are...mati pucuk ialah... sejenis...
Whattt!!!!! Segannnyaaaaaa!!!!!!

Monday, January 17

Segan je

Kraker Hup Seng = Biskut Cap Ping Pong

Sorry sebab buang masa korang load gambar yang nampak innocent ni.Kenapa upload? Apa? Oh, tidak saya bukan LI di kilang biskut ternama ini. Nak tau tanya budak ini. Tak kenal? Tengok la wall Facebook saya.

Saturday, January 15

Surat Cinta Buatmu

Kehadapan satu-satunya adikku.

Adikku, apalah kiranya sedikit ujian yang dilempar Tuhan padaku, jika dibanding rasa sakit dan tak berdaya yang dikirim Tuhan padamu. Aku mengaduh pada ujian yang terlalu kecil, sedang kamu tenang hadapi seksa dunia tanpa banyak tanya.

Bila saja aku disakiti, mudah saja aku palit marahku pada manusia sekitarku; mencaci, mencarut, mencerca. Tapi kamu, ah kuat amat. Kamu pendam dan diam, bagimu biar seksamu untukmu sendiri. Emak kata, sepanjang kamu derita, tak pernah lepas satu kata 'Aduh' dari bibir pucatmu. Kaubiar seksamu untukmu sendiri.

Adikku, kamu ingat kita berdua sendiri di meja makan di pagi raya? Setiap kali teringat aku itu, sebak dada bagai kau baru tiada rasanya. Renungmu kosong, mungkin bersyukur sempat menyambut raya. Mungkin berfikir bilakah masamu akan tiba. Saat itu juga, bergenang mataku, lalu aku lajukan kunyah lemang dan rendang, tak mahu kulihat berduka kamu di pagi raya. Ah, adikku. Masih dengan senyummu, walau diri separuh bernyawa. Sedang aku, lemah.

Adikku, sungguh aku cinta dengan sifat usahamu, yakin dirimu, sikap senangmu. Kaupasti ingat bukan pagi engkau pergi? Ramainya manusia bertandang berkongsi hiba melaut hingga ke jalanan. Rakan maktabmu tiba dengan bas pendek, saudaramu tiba dengan deret kereta, kawan baikmu mengaji dari malam ke subuh, abang dan kakakmu tak henti menyiapkan rumah, tak henti bacaan Quran disedekah. Mereka itu juga semuanya, senang dan cinta padamu. Sedang aku, hambar dan melayu.

Adikku, sejak akhir-akhir ini terbabas rasanya aku dari Tuhan, walau sedikit cuma ujian diberikan. Terlupa aku padamu. Pasti kau sedari kurang sinar kuburanmu, itu aku yang alpa untuk sedekah padamu. Maafkan aku. Aku abangmu yang tiada timbang rasa. Kurayu padamu. Adikku, bimbing aku buka lembar baru. Tancapkan semangatmu dalam dadaku. Sematkan senyummu pada tirai mukaku.

Adikku, temani aku lagi.

Al-Fatihah.

Yang benar,
Abangmu


p/s: Ingat lagi waktu di pagi raya itu? Kau gagahkan dirimu berjalan,bertatih agar dapat kauberikan seekor kucing jalanan ayam rendang sebagai habuan. Aku suka itu.

Friday, January 14

Gila

Okeh, hati ini tengah panas amat sekarang. Bajet gila babun mamat sekor ni. This is the story...

Aku tengah makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. Then as usual, buat lawak, gelak-gelak...

OK, here it goes. Aku melawak dengan kawan aku (let's put him as A )about something (tak lawak mana pun actually). Then, this A just gave me this grin. Senyum kesian kot. Huhu.

Then,mamat babun yang duduk sebelah A suddenly tanya, "Apa dia ko cakap tadi?" Dia tak dengar apa aku cakap tadi.

Nobody loves to repeat things, especially when it was a not-so-funny joke right?
So I said, "Takde pape..." I'm saying this nicely, note that. With a smile lagi.

Then someone distract mamat ni, tanya apa entah, then finish, dia paling lagi tanya, "Apa dia ko cakap tadi?"
It really wasn't that funny, not worth repeating, and exclusive for kawan aku A- meaning kalau aku cakap kat mamat babun (B-lah senang) dia takkan faham pun what else to laugh, so aku cakap kat B dengan ikhlas dari hati yang tenang di hari Jumaat, " Tak, I was just joking. Nothing important." So far OK lagi,nothing happened...then......

Dia cakap, " Kalau tak penting buat apa cakap." <<< Tone dia tone cari pasal

Aku cool lagi, then aku cakap in defense of myself but still in joking tone, " Jokes suppose to be not important." I was still smiling note that.

Then B cakap in ceramah-like, bajet terbaik manner, " Kalau tak penting buat apa cakap. Sama macam cakap benda sia-sia la."

Whut the Hacks??!
Aku dah la short-temper pnye orang, belum masuk Zohor dah kena khutbah. Then meletup la bombs. He shows no regret at all by saying all that.

Buat masa ni tak terfikir lagi nak lupa, maafkan ke what so ever. Aku nak bagi dia sedar. Once and for all (sebab dah pernah jadi macam ni few times before, tapi buat lagi. Hampeh)

Kalau korang kena korang tau la macam mana tone,expression dia tadi. Adeh, menyirap darah aku. Kalau korang setuju dengan perasaan aku, sila angkat tangan.




Thursday, January 13

Tutup

Segan rasanya berada di sisimu
Bagai didampingi malaikat
Sungguh tiada manusia sempurna aku tahu
Tapi kamu kulihat cukup sifat

Gaya dan tingkahmu
Biasa sederhana
Senyum dan guraumu
Terjaga batas Pencipta

Tapi bila kuterpandang sisi gelapmu
Yang terhindar dari pandangnya manusia
Aku percayakanmu, aku ragui diriku
Mungkin ini kebetulan, ini tidak sengaja

Kulihat pula kali kedua
Meruntun sungguh hatiku, sungguh!
Aku tahu tiada manusia sempurna
Kaubuat aku gamam dan takut

Bagaimana harusku lihatmu seperti sedia
Bila sudah nampak jelas rahsia
Yang mungkin jarang kaulakukan
Yang mungkin juga lama disimpan

Bagaimana harusku nyatakan padamu
Kerana kau nyatanya lebih sempurna dariku
Lalu kuhadang malumu
Lalu kututup aibmu

Wednesday, January 12

Mutual

Can’t you see

How I’m into you?

I get so clumsy

When you I see


You make me breathless

The atmosphere’s awkward

You’ll start conversations first

While talking, you’ll lean forward

Like you’re so interested

When all we talk was weather

As if I’m talking jokes

You’ll crack with laughter

Then you give me your punchline

Which is always better


When you’re not laughing

All you do was smiling

Can’t you see I’m gasping?

Between all those talking


But all the time

You’ll keep your head down

Eyes steadfast on the floor

You look so gentle, I’m in awe


Then there will be time you’ll be in silence

As if you’re mustering confidence

As if you want to say something

But can’t bring it to talking


Was the feeling mutual?

Was it for real?

Do you feel the same?

Do you feel it too?


Just say it,

I’ll answer, “Me too.”

Friday, January 7

Indonesia

Aku appreciate usaha-usaha mereka nak upgrade/renovate/beautify tandas aku.

Aku sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap incik-incik indon yang kerja bermati-matian.

Aku siap sokong TimNas kot masa final bola baru ni (yeah, right).

Tapi kalau berzaman bertukang tak siap-siap lagi, sape tak hangin beb. Dari study week dah start pahat berbunyi, but still rumah tandas tak siap. [habislah kalau aku dah bermadah]

Dengan habuk simen, dengan bunyi gerudi, bunyi potong tiles. Adoyaii…

Dah jatuh teruk result aku sem lepas. Dem-it. [ayat mengkambing-hitamkan incik indon ]

Yang tak boleh blah, time aku balik dari cuti sebulan, tak ada progress langsung. Diorang pun cuti kot?Terbaekk.

Siap ada cebisan kertas bungkus simen lagi dalam bilik aku.Hampeh punya garuda. [ni tak sakit hati sangat sebab memang aku tinggalkan bilik bersepah :-p ]

Yang buat aku angin sampai nak beli minyak yuyi cap limau, ada ke patut di-renovate/upgrade/beautify semua bilik air. Mana aku nak melabur??? Mana???! Ini bukannya Jakarta dong boleh dilaburin aja di tepiannya longkang. Begok amat sih lo. Okay,kasar la plak.

Jadi sejak balik cuti, makin ramai budak blok aku yang berani mendedahkan aurat dada dan betis bila nak cross ke blok sebelah. Aku? Oh, tak mau cerita. Nanti korang spy aku. Tak mau,tak mau. Izaidi? Itu ya. LOL~


Inilah makhluk yang menyebabkan aku mandi di jamban

Inilah maling yang buat aku merantau untuk study

Ini pulak penyebab aku boleh tidur malam je. Tidur petang jangan mimpi


Ah! Malaslah nak pikir lagi. Main laser lagi bagus.


p/s: Last post wast the 1ooth! Baru sedar, sigh... And I decided on writing a cheezy post.Urgh.

Monday, January 3

Love...Tyra.

Naja: Hello Cik Tyra Banks. Nasihat awak tak boleh pakailah.

Tyra: Err...hello? First of all who the heck are you? Second of all, my advice works. Everytime.

Naja: (amboi bongkak gile dia ni) Siapa saya tak penting. Yang penting nasihat awak hampeh.

Tyra: I dunno who are you are but wuteva (rooling her eyes). Which advice is this anyway?

Naja: Alah,awak tu satu je nasihat ada. Bajet power.

Tyra: Okay, you just pissed me off. Like literally. Urea pissed. Now, which advice? Tell me now or else...

Naja: Rilek la bro. Alah, yang senyum pakai mata tu. Smile with your eyes (mocking).

Tyra: Oh, the Smeyes rule? I LOOOOVE that rule (squeaking)!!!

Naja: (Annoyed) Hoi, are you even listening!? I just despised your stupid advice.

Tyra: Oh,you just know how to make me angry boy.

Naja: Dah nasihat awak tu tak boleh pakai...

Tyra: When and where did you used this rule??? In a toilet or sumthin'?

Naja: Ngek awak. Mana ada orang senyum time buang air.

Tyra: That's a sarcasm you little hopeless model. Idiot.

Naja: Siapa cakap saya model?

Tyra: But you look like one ^^. Then who are you??? And how the heck you got into my studio??? And what about that photo-shoot you're talking about?! (going berserk)

Naja: Err.. saya ni student. Bukannya photo-shootlah.Tadi amek gambar masa buat kad matrik. Pakai Smeyes tu tadi, buruk je gambar.

Tyra: Security!!! SEKARITI!!!!

[ ini bukanlah realiti, sebab Tyra Banks tak tau Bahasa Melayu]

Sunday, January 2

Siapa Saya Sebenarnya

This is a really panjang post...so I bold out some main points to help you. Enjoy/Suffer!

Since I know what life is, there’s nothing in it but pain. I cannot do this without help, yet I’m here, by myself. It’s like I’m invisible, no one cares. It’s like I’m invincible, they hurt me everytime. You see, when I choose this path, I choose myself to be alone. And with that, I’m lonely. If I can, I will choose the path the majority took, but there’s only one truth: I can’t. No one would probably understand this, but there’s nothing playful about this. I choose this painful path, just because the path you took will probably hurt me more than this. I didn’t choose myself to be different; I’m made different. Every night was the blackest night for me. Everytime I creep into my bed, I can’t help but to think of how lonely the day was.

Perhaps you can never understand me,perhaps you would ask, ”how can a person so happy and glee said that he was lonely? How can a person who laugh at the silliest jokes, said that he’d been through his day alone?”

pensel+ kertas...based on foto raya

aku pernah senyum macam ni dulu.sekarang, I doubt it will be as this sincere.

Bottled up inside me are secrets. So illogical, it’s a taboo. So unacceptable, it’s a disgrace to have. It’s the mother of all secrets, secrets I can’t tell to anyone: my family, my parents, my friends, you and I can’t even tell them to myself. I lived the life so carefully, so nobody knows. Everyday is a challenge, everyone is a threat. So tell me, how can anyone with such secrets cannot feel alone? You see, I’ve been longing for one best friend for too long now. But how can I have one, when I cannot brave myself to tell my deepest, darkest secrets? How?

I’ve been living my life afraid. I’m so insecure. I’m so fragile. That’s why I have this shell around me. I had once told myself, I’d never be hurt just because I’m an anomaly to the crowd. Since then, I’m collecting ego and wrath. I’ve been an angry, unforgiving human. And with that, I choose to be alone. I had to be.

I trust no one. I kept everything inside, living my life in disguise. Half of my life I’ve been someone else. Don’t you feel like you don’t know me, because even I can’t tell you who I am. Half of my life, I’ve hurt others so that I will never be hurt. There will be day that I regretted hurting others, but my head would always said that this is for my own good. That I need a protection, and this hurting is one good protection.

What have I become? Who am I?

You see, everybody said that what I’ve been living in is occurring to everyone. That I’m not alone. Seriously? Are you talking about that insecure teenage age? Don’t worry, even I have the same trouble of looking good, or having the coolest friends, or hanging out at the bestest place. I’m all that and; the secret. The secret can top all the other, so what’s you’ve been feeling, times that by two. Apalah sangat nak rasa lawa, atau nak kawan yang cool.

Now you know it. A slight glimpse of a miserable Naja. Or maybe nobody will know, because maybe nobody care to read this lengthy crap. And hey, don’t worry, I will not cut my wrist or anything yeah

 NEWER POSTS OLDER POSTS HOME