Maraton

Empat tahun ini cukup memayahkan. Cukup melelahkan. Bagai satu maraton yang cukup panjang. Cuma bezanya (dan malangnya) leher ini terbelenggu tak dibenar berhenti. Dipaksa berlari; maraton yang panjang dan tak betujuan. Mulanya tidak pasti adakah ada sorak menang di hujungnya. Tidak juga pasti adakah ada segelas air buat penghilang dahaga.

Dan rantai yang tegang menyentak leher ini dulunya kendur, kerana masih punya kudrat. Kerana masih mengharapkan di akhir garisan nanti dicurahkan nikmat. Satu ketika dulu langkah yang takut-takut itu mula melangkah berani. Kukuh. Padu. Sekata. Confident. Foolishly confident. Heh.

Namun langkah mati bila sedar diri sudah tertinggal di belakang. Rantai yang kendur kini mencekang. Entah mana silapnya, mana pergi upaya. Teman yang ada dulu terus memecut. Kaki diheret, namun makin sulit. Di kiri kanan jalan manusia mula menjerit. Hina keji maki. Diludah ditohmah difitnah.

Lalu kaki melonglai, lutut menghentak lantai. Berapa lama aku merangkak? Berapa kali aku tertiarap tak bergerak? I lost count. Maybe a thousand times based on the cuts and bruises. Aku sudah jadi lali, sudah imun dengan semua seksa. Bukan kebal tapi lali. It still hurts but I'm so tired I can't complain or even give a facial reaction.

Kadang-kadang ada turun renyai nikmat dari Tuhan yang sekadar cukup buat penyejuk badan. Kemudian panas datang semula, merangkak, rebah, merangkak semula. Begitulah sampai ke penamat. There's no celebration in the end. Tiada tangis. Tiada senyum juga. I was numb. Aku masih hidup bernyawa tapi pada masa yang sama aku 'mati'. What doesn't kill you makes you stronger....my ass, Kelly Clarkson.

At the end of the fourth year, I won't consider myself mature. Lebih berpengalaman mungkin. Wiser in some ways, but still foolish in most of em. Mahu padam rasanya empat tahun terakhir ni, but that means I have to forget the metaphorical series of hujan renyai during the metaphorical marathon. How unhelpful the rain was, I'm forever grateful. Kudos, my friends, my little drops of rain (figurative speaking here, again).

Mungkin semua di atas adalah satu tulisan yang berterabur but you can get the gist, right? It's metaphorical, so use a bit of your artsy part of your brain to decipher this soooo not artsy writing. This is awkward, so that's all bye.

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat