Graduasi
Jadi majlis konvokesyen tinggal beberapa hari lagi. Mula-mula risau juga memikirkan pakaian yang mahu dipakai. Sibuk bertanya teman-teman busana apa mahu disarung. Bukannya mahu bersaing siapa paling cantik (isi akaun bank pun makin mengering), cuma mahu cari kawan yang sekepala- berbaju melayu hitam dan bersampin. Tapi kalau tidak mahu bersaing pun, nyata niat aku sudah menyimpang. Jadi sebenarnya, aku malu kerana tak cukup bergaya? Hilang roh majlis graduasi dicabut rasa duniawi.
Tapi itulah halnya. Kita sudah dididik untuk rasa ketinggalan yang dibayangi rasa materialistik. Bukan ilmu yang dijulang tapi keputusan peperiksaan yang cemerlang. Bukan nafkah yang dicari tapi tangga gaji yang tinggi. Bukan pakaian yang sopan tetapi yang paling menarik perhatian. Lalu membarah dalam hal agama. Bukan kerana tuhan,tapi kerana sijil penghargaan. Bukan kerana ingin mengimarah masjid dan surau, tapi pandangan teman yang kita risau.
Post untuk blog kali ini; entah apa tujuan sebenar. Mahu banyak komen dan 'like'? Atau takutkan hilang pengikut? Atau mahu menunjuk wara'? Atau mahu perasan bagus?
Tak mahu cakap banyak-banyak, nanti dicop "holier than thou!"

Comments