Turut
Kalau api dibuat lampu
Terang tapi asapnya kelabu
Ikut hati ikut nafsu
Akal mati jiwa kelu
Kata kesat yang terhambur.
Lautan dalam mahu diuji
Kailnya sejengkal jorannya lidi
Ingin hati difahami
Pentingkan diri sendiri
Tak mahu pula memahami.
Sinar mentari dilindung tangan
Datang awan sesatlah jalan
Jasa lama dilupakan
Hilang kawan dan pedoman
Jiwa beban sesal lah badan.
Marah jangan diturut.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Comments