Boneka dan Pentas

Kita benar sekadar boneka
Yang mengidam lepas bebas merdeka
Bila dikerat putus tali yang mengikat
Melemahlah kaki melembiklah lengan
Tersengkek panduan menyeret langkahan
Terbungkam telapak tak terangkat tangan
Tak terlarat kudrat nafas tersekat
Tertunduk kepala merunduk malu
Tersesal hiba terjelepuk layu

Pentas nan sejengkal
Hanya dipingin akal yang dangkal
Mahu dirisik dimilik
Mahu dipeluk ditakluk
Sungguh kalau ditilik kan nampak jelik
Seburuk binaan rebutan makhluk
Jadi hinaan malaikat dan syaitan
Jadi bahan ketawaan Tuhan

Hah!






Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat