Posts

Showing posts from July, 2016

Gelap

Image
Masihkah ada ruang untuk aku menghirup udara pengampunan dalam belahan lorong yang lohongnya semakin dikit. Masihkah ada cahaya yang boleh membelah gelita, kerongkong waktu ini seakan mual dengan asingnya kehadiran aku. Terhimpit aku antara dua dinding, yakni perasaan dan Tuhan. Rusuk-rusuk semakin ditekan, memeluk jantung dan paru, membelahak hembusan sakit dan haru, picingan matalah nisbahan derita, aduh! Ini dia yang aku dapat bila mengharap lebih dari rela Tuhan. Inilah dia pengakhiran bila jiwa perasaan dilayan lebih dari akal fikiran. Apalah yang kaukejarkan gejolak hati perasaan, habis rasa yang tinggal hanya gelojakan iman. Layaknya rasa itu dipendam saja. Kenapa mahu melonjak bila tak cukup langkah mengumpul lajak. Wahai diriku yang resah dan dungu, pujuk-pujuklah hatimu, dunia hanya wayangan semu. Bila habis minyak di dasar pelita, bayangan kan hilang di layar cerita. Habis, habis ditelan kegelapan. Lantiklah dalang sehebat mana, kalau tiada cahaya lau