Mesir

Perit sinar matahari Mesir
Menyejat kering darah yang semalam
Menitik,melimpah, mengalir, tertumpah
Kau saksi sang kejam yang pejam

Bunyi yang dulu pasir berdesir
Digema letupan dipikuk tembakan
Cahaya yang dulu putih
Ditapis asap berbau belerang

Sudah
Turun dari singgahsanamu
Manusia ini sudah menyanggah
Bumi ini menyeranahmu

Kau menghimpit, mereka menjerit, kami tersepit

p/s: tanah kita tak mahu berdarah, tapi kalau kita terus dihelah...

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat