Posts

Showing posts from September, 2010

Kadang

Kadang aku tersadung, Kadang aku mengeluh, Kadang aku meraung, Kadang aku mengaduh Kadang aku tajam, Kadang aku bodoh, Kadang aku diam, Kadang aku seloroh, Kadang aku pendam, Kadang aku rapuh, Kadang aku geram, Kadang aku patuh, Kadang aku pejam, Kadang aku tempuh, Antara kadang dan selalu, Aku bukan itu, Itu bukan aku, Aku antara dua, Tak mahu memilih satu. Tak perlu semua itu, Biarlah kamu keliru, Kerana antara kadang dan selalu, Aku sudah kenal siapa aku. “Dunia mahu kau berubah, kerana mereka percaya kau tak mampu mengubah dunia. Stupid.”

Mesej

The kind of SMS's that I prefer not having... "Esok ada perjumpaan/program etc. ...Sila hadirkan diri..." Esoknya: Tukang mesej tak datang. Unreplied messages. Too-little-too-late replied messages. Contohnya: "Aku nak pergi bilik kau ni.." Bila dah sampai," Weh aku tak ada kat bilik la.Sori..." "Mahukan video hangat awekz2 cun...SMS LAYAAAAAN... ke 28843" " RM 0.00... 1Malaysia..." "You have insufficient Airtime balance. Please reload your account..." Siapa yang suka, iya tak?

Graviti

Kadang-kadang aku lupa Aku hanya manusia Aku leka melompat bangga Atas kejayaan yang tak sengaja Aku hanya lelaki Aku tegar meludah ke langit Atas kegagalan yang dirancang sendiri Aku hanya hamba Aku ingkar sang pencipta Atas alasan dunia yang direka-reka Aku lupa berjalan terpasung aku di Bumi Atas kerana diciptaNya graviti sekuat mana aku melompat, aku akan jatuh juga, aku akan sendiri terhina,bila ludah kembali ke muka