Runtun
Ah hati yang kotor ini meronta-ronta lagi mengingati kamu. Tak pernah sedikitpun api rindu padamu padam, malah meliuk pun tidak.
Ah hati yang dikarat dosa ini mengharap dikifarah Tuhan. Takut terus reput rapuh sampai lupa padamu, patah terjelepuk tak terpangkin.
Ah hati ini kian lemas dengan sandiwara satu purnama. Rimas dengan hujan pilu yang merenyai bergerimis, sejuk saja tak mampu tertahan.
Ah kepala ini teruji lagi akalnya dek rasa ingin pulang. Tak sanggup kiranya mengguris hati sang tua yang menunggu, apa aku berdosa apa aku derhaka.
Ah saudaraku yang selalu amat aku rindukan. Tak sanggup lagi hati ini meneka kemana kau pergi, bila yang tinggal hanya jejak perasaan.
Ah apa adakah manusia yang aku bisa percaya, yang sedia mendengar dan bertanya khabar hatiku, kerana yang ada merasa terlalu bersalah mengintai hatiku.
Ah Tuhan! Aku perlu teman untuk kucerita semua ini!

Comments