Intai

Semalam aku intai langit. Cari bintang cerah sebelah bulan. Itu Musytari. Terang tak termalap cahaya bulan, bersinar memantul kuasa mentari. Hantar mesej ringkas pada kakak, "Nak tengok Musytari?"
Berbalas-balas mesej ringkas berkali-kali kerana kakak masih tak jumpa bintang cerah. Sini juga nampak walau jerebu. Masakan tak terlihat cahaya terang aneh. Tak percaya agaknya Musytari bisa lihat terus guna mata kasar. Jumpa akhirnya. Sama-sama suka lihat Musytari.

Satu mesej sampai. "Terdetik hati aku nak bagitau Iwa...Hmm.rindu Iwa.."


Kuintai langit, kulihat kamu

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat