Faham

Aku percaya
Tiada satu batang tubuh manusia pun
Yang faham sesungguhnya
Isi hati
Rasa hati
Perasaan hati
Hati aku

Luka di kaki kiri
Tak mungkin kanan merasa

Mereka boleh menangis sehabis mungkin
Tapi berjurai jatuh pun tak mungkin merasa
Pedih dan sesak menahan nafas
Dengan dada luka terbuka

Kerana itu
Aku berpaling pada Tuhan
Yang mendengar, betul-betul mendengar
Yang simpati , sebenar-benar simpati

Tak pernah aku kecewa menghampar derita padaNya
Tak pernah beralih sedikit pun,
Biar panjang berjela aku mengeluh padaNya

Tak pernah berganjak sedikit pun
Biar tak teratur baris ayat
Dengan hela, esak dan sedu

Tuhan jangan Kau tinggal aku sendiri


[terima kasih buat teman yang cuba memahami. Tuhan saja pembalas jasamu.]





"Bila kau pula nanti terluka nanti, fahamilah bahawa tak mungkin aku faham semuanya,
Ceritalah padaku, tapi bicaralah sama Tuhanmu"

Comments

noin jamaludin said…
Allah tidak pernah meninggalkan hambanya..
ceqJAY said…
sebak di dada kaw xmungkin dapat ku rasa, tapi sedih di hati kaw mungkin dapat ku kongsi..stiap yg pergi, kita bakal mengekori..masa berpusing,tak pernah berhenti...
Anonymous said…
Allah alwiz wif us..in every breath, in every heartbeat, He alwiz wif us...May Allah bless u owezz too.....

those words r beautiful...
thanks..it had inspire me too....

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat