Tuhan

Oh Tuhan, apa pilihanku?

Kalau,
Kalau aku ceritakan, nescaya aku berdosa kerana memburukkan dia.
Kalau aku luahkan, nescaya akan ada hati yang benci dan terluka

Dan andai,
Andai aku pendam, nescaya hilang pudar percaya dan harga diri
Andai aku diam, sakit jiwa menahan hina dan maki.

Oh Tuhan,
Yang Maha Adil,
Yang Maha Mengasihi hamba-Nya,
Yang Maha Memahami diri ini luar dan dalamnya;
tunjukkan padaku,
apa pilihanku?

Jadi malam ini aku menunggu jawab Mu
Akan aku bersabar satu hari lagi,
Tapi jangan Kau biarkan aku terus tertanya;
apa pilihanku???

Kerana hati ini kecil,
Iman ini nipis,
Sabar ini sejengkal

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat