Mungkin bagi kau aku mudah diperalat. Hanya kerana aku lebih mudah menurut, semua permintaan aku tak diendah. Hanya kerana aku sering memulakan langkah, mudah untuk kau mengatakan "tidak". Dalam pelbagai kesilapan yang kau lakukan sepanjang hidup kau, memandang enteng nilai diri aku adalah kesilapan kau yang terbesar. Ya aku menurut, mcam lembu bingai dicucuk hidung. Ya aku mengalah, bagai pesalah yang diacu pistol. Jika kesalahan terbesar kau adalah memandang rendah padaku, memandang diri kau lebih tinggi adalah permulaan kepada penyesalan seumur hidup engkau. Kau lupa mungkin, lembu yang dicucuk hidung itu punya upaya untuk menanduk dan memijak tanpa dijangka. Kau lupa juga, aku bisa saja mengilas tanganmu dan tak perlu aku terangkan lagi pistol itu kini diacu ke kepala siapa. Kau mungkin bijak mengambil kesempatan, tapi kau bodoh bila engkau sangka aku seperti yang engkau jangka. Tidak, aku bukan mengumpul daya untuk bertindak, aku sudah punya itu. Tidak, aku bu...