Kuasa

Mungkin bagi kau aku mudah diperalat. Hanya kerana aku lebih mudah menurut, semua permintaan aku tak diendah. Hanya kerana aku sering memulakan langkah, mudah untuk kau mengatakan "tidak".

Dalam pelbagai kesilapan yang kau lakukan sepanjang hidup kau, memandang enteng nilai diri aku adalah kesilapan kau yang terbesar. Ya aku menurut, mcam lembu bingai dicucuk hidung. Ya aku mengalah, bagai pesalah yang diacu pistol.

Jika kesalahan terbesar kau adalah memandang rendah padaku, memandang diri kau lebih tinggi adalah permulaan kepada penyesalan seumur hidup engkau. Kau lupa mungkin, lembu yang dicucuk hidung itu punya upaya untuk menanduk dan memijak tanpa dijangka. Kau lupa juga, aku bisa saja mengilas tanganmu dan tak perlu aku terangkan lagi pistol itu kini diacu ke kepala siapa.

Kau mungkin bijak mengambil kesempatan, tapi kau bodoh bila engkau sangka aku seperti yang engkau jangka. Tidak, aku bukan mengumpul daya untuk bertindak, aku sudah punya itu. Tidak, aku bukan juga menunggu masa yang sesuai untuk engkau lalai, kerana engkau sudah pun lalai!

Tidak, aku hanya membiarkan engkau menikmati saat-saat engkau berada di atas. Manis bukan? Ya,aku akui melihat engkau senyum kepuasan melihat aku dipermain cukup menjengkelkan. Tapi aku rela menggadai, oh tidak, melaburkan sedikit kegembiraan aku kerana aku percaya detik untuk aku menggulingkan kau dari takhta sudah terlalu hampir.

Aku sudah lama bersabar, apalah sangat menunggu sedikit lagi masa.

Please, enjoy your time, I insist :)

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat