Biar Aku Bermimpi
Hidup tak
berilham,
Datang
siang nanti malam,
Jumpa malam
tunggu terang.
Ah.
Mengeluh-kesah
Bersusah
lelah
Tapi kaya
Tak pernah kunjung
Penatnya rasa
Tak berpenghujung
Kata aku
semakin tawar
Tawa aku
semakin hambar
Tangis aku
semakin hiba
Tapi kering
tak berair mata
Biarkan aku sendiri
Biarkan aku mimpi
Kerana indah seribu kali
Imaginasi dari realiti
Comments