Status
Aku duduk termenung lagi di depan PC. Sesekali jari-jemari kekok menekan papan kekunci. Cukup satu dua ayat, tangan kanan pantas saja menekan 'delete'.
Kosong semula. Hanya tinggal 'cursor' berkelip-kelip di penjuru kiri. Mengejek mencabar aku memasukkan input. Ini bodoh. Sudah dua-tiga malam aku cuba menulis. Terlampau banyak idea dan rasa yang meminta diluahkan ke atas ruang putih ini. Tapi satu pun tak menjadi. Celaka. Tangan kanan rasa gatal lagi mahu menekan 'delete'. Okay, biar aku cuba sekali lagi.
***
Petang tadi aku menatal newsfeed Facebook. Entah kenapa, semenjak dua menjak ini Facebook rajin benar mengungkit status lama aku. Mark, if you're reading this, I'm not too thrilled with this new feature. 360 degrees videos sure are cool but this is not. Tapi sebab confirm kau tak baca, aku nak cakap yang aku tak suka Yahudi. Tetiba.
Tapi itulah, hidup dalam tahun-tahun pasca-Friendster dan pra-Twitter, semua yang terfikir diluah terus di wall. Still remember that peeps, "wall"? *chuckles*
Stress belajar: tulis status.
Bermalasan tak belajar: tulis status.
Takut nak bergaduh depan-depan: tulis status.
Dah bergaduh depan-depan: tulis status.
Bergaduh sebab tulis status: tulis status.
Cringe-fest habis bila dibaca-baca semula. Apa yang rasa penting sangat masa dulu, semua jadi trivial bila dilihat semula. Kenapalah matang sangat buat benda mengarut. Itu apa yang aku fikir tadi.
Sekarang, aku tak berapa nak pasti. Mungkin aku sudah terlampau berhati-hati. Sampai aku sudah hilang keberanian dan spontaneity. Mungkin sebab inilah menderu datang idea dan rasa tapi payah sungguh nak diterjemah dalam kata dan prosa.
Mungkin inilah apa yang aku perlu lakukan. Kali ini, aku mahu jadi lebih spontan dan berani. Apa nak jadi, jadilah. Today, I will beat the cursor.
Publish.
Comments