Senja & Malam

Pada Senja yang memerangkap aku dalam jingga
Pada Malam yang menyusupi sfera langit
Kenapa terlalu kejam kamu pada Hati
Kenapa kamu menyanyikan lagi lagu-lagu kecewa
Melodi melankoli yang membangkit memori mehnah purba

Dan baki kehangatan yang berlatarkan kegelapan
Tidak lebih sekadar palsu sebuah pengharapan
Samaran tali jerut yang ketat meranggut pada tengkuk
Menafikan hidup pada kerongkong dan dada

Wahai Senja, sang penjanji harapan semu,
Wahai Malam, sang penghasut rasa takut,
Sudahlah  bercanda dengan gurauan tanpa tawa
Sudah cukup lara Hati ini diam tak berdaya

Wahai Malam, jangan terlalu angkuh
bersaing-saing dengan Senja menyelubung Matahari
Kerana Senja itu sifatnya bermuka-muka
Esok bila Matahari kembali terang
Senja itu akan mengaku Siang!

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat