Someone hurt me,then someone heard me
Tuhan beri aku simpatiNya...
melalui seorang kawan.
Ini doa yang aku diberi:
"Ya Allah,
Tuhan semesta 'Alam,
Yang PadaMu segala kemampuan,
Dan padaMu jualah segala keampunan,
Dengarilah suara hati para hambaMu yang hina ini,
agar kami tidak terlindung dari hidayah, rahmah dan 'inayahMu Tuhan.
Ya Allah,
sesungguhnya hambaMu ini telah menzalimi dirinya sendiri,
dirinya penuh noda dan dosa,
hatinya busuk sekali,
Alpa dan lalai,
tetapi pada tika ini terdetik di hati kami untuk memohon ampunanMu Tuhan,
janganlah Engkau pinggirkan diri kami yang jahil ini Tuhan,
kerana tanpaMu hidup kami tiada ketenangan dan arah tuju.
Ya Ar-Rahman Ar-Rahim,
jiwa ini kotor dengan maksiat dan dosa,
hati ini penuh dengan hasad dengki dan rasa cintakan dunia,
sehinggakan,
mati itu kami takuti dan kami jarang ingati,
Ampunkan diri kami Tuhan,
walau selayaknya kami diseksa di neraka,
namun ya Allah,
dengarilah rintihan hati-hati kecil ini yang terlindung di sini.
Ya Ar-Rahman,Ya Ar-Rahim,Ya Al-'Aziz,
limpahkanlah hati-hati kami dengan hidayahMu,
jauhkan lah kami dari terus bergelumang dalam hidup penuh dosa,maksiat dan penyakit hati ini,
Kami dambakan kasih sayangMu Tuhan.
Dengarilah suara-suara tangisan hati kami Ya Allah.
Ampunilah dan kasihanilah kami, Tuhan."
Terbit embun panas,terkumpul tak jatuh.
Kemudian katanya, "ati ko lembut.make sure isi dgn agame tau.tu je pesan aku."
"lg satu.please please please jangan kapel nanti ati rosak. rugi ko nanti. sebab nanti jarang ingat Tuhan."
Kawan aku masa sekolah. Kawan aku di dunia. Akhirat.
Aku akan cuba menjadi sebaik kau gambarkan aku,kerana aku tak sebaik gambaranmu.
Embun tadi menimbum,nak memecah.tak sempat.
Terima kasih Tuhan,simpatiMu sampai pada aku
Comments