Sakit
Urgh! Entah mengapa datang rasa mengalah Bila yang menguji hanya helaian kertas Selebar dua telapak Mungkin tak keruan kerana teringat ujian yang pertama Hingga melarat ke ujian kedua Ah! Kalau asyik diingat-ingat memang begitu gelojak hati Meragu jawapan yang dahulu Hingga terganggu jawapan yang baharu Bukan aku tak bisa mengulang ingat pesan ibu, " Usah dibincang jawapan peperiksaan!" Ibu, masalahnya ini dunia ramai manusia bijak-bijak Rasanya satu kepuasan agaknya mereka mengulang jawab dengan suara Melihat mereka tersenyum lebar keluar dewan sudah buat aku lemah Dengar sahaja satu patah kata dan angka Aku tahu aku screwed-up Bukannya aku suka berbincang jawapan wahai ibu Dalam kumpulan belajar saja aku cukup malas Tapi telinga ini bukannya semacam mata wahai orang tuaku Boleh dikatup tutup sampai tak terdengar suara Cupingan telinga ini kelopaknya keras menguatbunyi suara perbincangan Tak mampu aku melentur bagai kelopaknya mata Kalau aku menutup telinga dengan tangan Apa...