Sakit

Urgh!
Entah mengapa datang rasa mengalah
Bila yang menguji hanya helaian kertas
Selebar dua telapak

Mungkin tak keruan kerana teringat ujian yang pertama
Hingga melarat ke ujian kedua
Ah! Kalau asyik diingat-ingat memang begitu gelojak hati
Meragu jawapan yang dahulu
Hingga terganggu jawapan yang baharu
Bukan aku tak bisa mengulang ingat pesan ibu,
" Usah dibincang jawapan peperiksaan!"

Ibu, masalahnya ini dunia ramai manusia bijak-bijak
Rasanya satu kepuasan agaknya mereka mengulang jawab dengan suara
Melihat mereka tersenyum lebar keluar dewan sudah buat aku lemah
Dengar sahaja satu patah kata dan angka
Aku tahu aku screwed-up
Bukannya aku suka berbincang jawapan wahai ibu
Dalam kumpulan belajar saja aku cukup malas
Tapi telinga ini bukannya semacam mata wahai orang tuaku
Boleh dikatup tutup sampai tak terdengar suara
Cupingan telinga ini kelopaknya keras menguatbunyi suara perbincangan
Tak mampu aku melentur bagai kelopaknya mata

Kalau aku menutup telinga dengan tangan
Apa pula kata mereka?
Emosional
Ambil perasaan
Melampau
Annoying
Heh, pengalaman aku dihina waktu nerdish di sekolah dulu
Cukup agaknya dijilid jadi buku guide buat ganti buku panduan sekolah
Jadi itu buat aku jadi hati-hati bila bereaksi
Nah! Hasilnya aku jamahkan saja audio-audio busuk
yang frekuensinya menghina jawapan aku yang tadi beriya kucoret
yang amplitudnya tega mencucuk gegendang
Ranap terus harapan~ dan juga tumpuan
Hoi! Apakah rasionalnya mengup-date blog awal malam begini
Walhal esok terketar-ketar lagi menjawab, menekan mesin kira-kira
Walhal esok terdengar-dengar lagi manusia-manusia bijak
Mengira betul salah jawapan dengan sekadar mencongak

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat