The Feng Yu Effect

Aku agak ramai dah tengok video kejam seorang budak perempuan kena langgar van, tapi orang lalu-lalang seorang pun tak tolong. Bagi yang tak sanggup nak tengok, here's the chronology of the story:

Video ini dirakam oleh satu CCTV kedai yang dihala ke jalan, di mana Yue Yue (nama budak perempuan tu) dilanggar dengan kejam. Ini bukanlah jalan yang sunyi. Jalan berbumbung. Keadaan dia macam market besar Nilai 3, cuma takde orang jual dekat tgh jalan tu. Keep that in mind: ramai orang dan depan kedai2.

Video bermula dengan seorang budak berjalan ke tengah jalan.
Datang satu van.
Van langgar Yue Yue.
Yue Yue jatuh.
Tayar kanan hadapan van lenyek Yue Yue di perut.
Van brek.
Pemandu tengok Yue Yue guna side mirror.
Yue Yue terbaring masih bernyawa. Antara dua tayar. Bergerak-gerak.
Pemandu teruskan langgar dengan tayar belakang.
Kesan tayar dari darah Yue Yue jelas sepanjang jalan.
Van hilang dari sight. 

Yue Yue masih bergerak. Sakit pastinya.
10 saat kemudian, seorang lelaki lalu. Yue Yue betul-betul di laluannya.
Buat-buat tak nampak. terus berjalan.
Satu motor lalu, elak dan pandang Yue Yue dan teruskan.
Seorang lelaki lalu, pandang dari jauh. terus berjalan.

Satu lori lalu, nampak Yue Yue, bagi lampu.
Dan langgar kaki Yue Yue (saat ni aku sebak walau aku tgk banyak kali)

Satu motor lalu.
Satu lagi motor.
Lagi satu.
Semua pandang dan berlalu.

Yue Yue masih hidup, masih ada pergerakan.
Satu motor lalu. berhenti. Dan teruskan.
Penunggang helmet merah lalu, pandang dan terus berlalu.
Seorang bapa dan anak berjalan lalu.
Hanya pandang Yue Yue dan terus berjalan.
Pemandu merah lalu lagi, hanya tengok dan berlalu lagi.

Kemudian seorang auntie pegang guni nampak Yue Yue.
Letak guni dan pergi pada Yue Yue.
Angkat Yue Yue dan letak di tepi jalan.
Auntie nampak bingung, mencari-cari bantuan mungkin.
Kemudian seorang perempuan muda berskirt hitam appear.
Terus meluru pada Yue Yue. Itu ibunya.
Angkat Yue Yue dan hilang dari pandangan CCTV.


Yue Yue dimasukkan ke hospital. Sangat nazak keadaannya. Yue Yue dalam keadaan koma yang kronik. Ahad lepas, Yue Yue hembuskan nafasnya yang terakhir. Segala derita dan ignorance yang dirasa Yue Yue terangkat sudah, tapi bukan untuk kita yang hidup dan waras untuk lupakan. Bagaimana tergamak manusia membiarkan seorang kanak-kanak kecil terlantar begitu selama 10 minit tanpa bantuan? 


Fakta kejam yang tiada dalam video:

1- Setelah kenalpasti pemandu van itu, bapanya terus berjumpa dia. And guess what? The first thing yang pemandu van tu  buat adalah meminta no akaun ayah Yue Yue. Kejam? Tunggu dulu fakta kedua.

2- Pemandu van itu mengaku, the reason dia langgar Yue Yue buat kali kedua adalah untuk pastikan Yue Yue MATI. Kerana bayaran pampasan kematian is lot less than menanggung yuran perubatan. Good logic, you animal.

3- Auntie yang tolong angkat Yue yue (the most humane that appeared in the video) kata, apabila dia minta bantuan dari orang sekeliling, jawapan yang dia dapat adalah "Mind your own business.."

4- Antara penjelasan kenapa tiada yang membantu adalah "The Feng Yu Effect." Pada tahun 2006, seorang makcik jatuh dan seorang lelaki membantu dia bangun. Tetapi lelaki itu kemudiannya disaman, dan dalam kes tu, makcik tu menang. Cerita lebih detail tentang makcik itu ada di sini. Oh, nama laki tu Feng Yu.


Ada kira-kira lima belas orang yang lalu-lalang dan tidak membantu. It is just out of our right mind. Bila dunia itu terlalu dikejar-kejar, kemanusiaan hilang macam lopak air di tengah panas mentari.

Tapi jangan ingat dekat China je ada manusia kejam. Dekat Malaysia ni, budak tingkatan 4 kelar anak luar nikah yang tak berdosa, kerana tak nak tanggung malu. Kejam tak kejam.

Jika korang di China, dan korang tahu tentang Feng Yu Effect adakah korang akan tolong Yue Yue?
Jujurnya bagi aku, ya. In any way I could. Anda?

p/s: Pemandu van dan lori yang melanggar Yue Yue ditahan dan dihukum.

Comments

napeace said…
*speechless*

Ramai share kat facebook. Tp tak tgk pun video tu sebab tak berani. T______T

Yang baby kena kelar tu pun asdfghjklhjasdhasg T_________________T


Lepas baca entry ni lagi lah T__________________T

*speechless lg sekali*
Najakia said…
Napeace, your speechless is not really speech-less. =p
Tapi memang kejam kan *geleng2 in disbelieve*

Popular

Train to Dabong I

Dream A Little Dream of Me

Bandarasa