Manusia

Aku sudah hidup cukup lama,
Untuk aku mengerti bahawa manusia,
Tidak layak menerima cinta,
Dari aku mahupun sesiapa.

Kerana manusia itu kejam,
Derita yang lain mata dipejam,
Derita sendiri tersebar sealam,
Kepingin simpati tak tahan dipendam.

Kerana manusia dalamnya tamak,
Kononnya tulus hakikatnya bengkak,
Hatinya busuk menanti rosak,
Lusuh dan kotor menunggu rabak.

Manusia itu kejam,
Lelah aku memberi pinjam,
Perhatian, cinta, kasih dan sokongan,
Hasilnya kosong, tiada dipulangkan.

Dan aku juga, seorang manusia.

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat