Sudahlah
Kalau aku happy sangat,
Kenapa tak join saja?
Kenapa perlu keluar keringat?
Buat aku sengsara.
Kalau aku gembira gila,
Kenapa kau perlu jealous?
Aku nak kongsi ketawa,
Tak perlulah envious.
Tak perlulah envious.
Aku tahu dulu kita rapat,
Sembang selalu gelak tak ingat,
Dah takdir Tuhan berselisih faham
Tak ada chemistry, aku pun pergi
Memang di hati rasa kecewa,
Tak senang hidup dah hilang teman
Kugagah juga walau merana
Kubulat tekad, pandang ke depan
Tapi itu dulu,
aku berlalu
itu yang kau mahu
semahu hatimu
Bukan mudah senyum kembali,
Bukan mudah menjadi sendiri,
Bila kujumpa gembira semula,
Kenapa kau cemburu tak ingat dunia?
Sudah-sudahlah
Cukuplah
Cubalah menjadi gembira semula
Hidup di dunia hanya sekali
Hidup dunia cukup menyiksa
Kenapa menyiksa diri kau lagi
Comments