Anjing
Tak tertahan lagi hati ini rasanya
Bila akhirnya kebenaran tersingkap juga
Bahawa aku ini sekadar anjing bagimu
Layak hanya dibaling batu.
Tak tertanggung lagi hati ini menahan
Bila telahanku ternyata bukan perasaan
Yang aku ini tak bererti walau sekelumit
Sehina dan lebih dari anjing tersepit
Entah kenapa hati ini terus meminta
Belas dan ihsan sedikit perhatian
Dari engkau kuterus berharap
Tak terjangka dilayan bagai anjing berkurap
Lalu hati ini berkata sudahlah
Anjing yang hina takkan jadi mulia
Mungkin lopak ini tak bisa menghilang dahaga
Cubalah meminta belas pelacur di sisi telaga.
Anjing
Kaucuba nak jadi comel macam kucing
Tapi kau tak ubah seperti parasit alien
Layaknya disembur pestisid ciptaan homosapien.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Comments