Deria

Aku rindu untuk merasa sunyi
Aku kepingin merasa sepi

Kesunyian fizikal yang membungkam hati
Tetapi tidak kejam menikamnya mati

Kerana sekuat mana aku memejam mata
Kerana serapat mana aku menutup telinga

Deria rasaku tanpa izinku
Masih juga cuba menangkap bunyi dan warna

Selagi aku belum pekak dan buta
Pada rangsangan dunia
Selagi itulah aku tak mampu
Menafsir pesan-Nya

Belum lagi.



Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat