Malam Kita Terakhir
Berhenti merenung aku berhenti Dengan anak matamu yang terselit simpati Jika hasratmu untuk pergi Sepasti matinya hati yang segenggam ini Pergi saja pergi Apa lagi yang kautunggu apa Jika jauh dari aku sudah lama kau cuba Apalah jarak ini yang tidak sedepa Tak mengubat hanya menambah luka Berlarilah kau jauh berlari Biar aku sendiri berdiri dalam renyai ini Memasung lengan di penghamparan kecewa Melutut di dalam lecah dan basah Jangan kau endah aku memekik meluah amarah Bulatkan hasratmu jangan sekali berani kau perlahankan kaki Tak mahu aku menoleh melihat langkahmu pergi menderap Hilanglah terus lenyap dalam malam yang pekat menggelap Biar dingin air langit ini menghapus memori kehangatan Sewaktu pertama jemari mu menyentuh aku dalam kelam malam Biar diselubung aku gemuruh awan hitam dicucuh petir langit meruntuh Biar aku dan esak tangis aku tenggelam dalam guruh Biar telinga ini tidak terdengar lagi suaramu ketawa berseloroh ...