Posts

Showing posts from March, 2015

Yours Forever

You make me feel beautiful Most mundane things become so playful When you act all so busy and thoughtful I'd lock our toes under the table And you’d give your best face at being disdainful Well, almost Until you’d break your character And your stifled smile now a burst of laughter And you can now be sure That I am yours forever And like little kids on a little adventure We’d never go sick of being together We’d see beauty in the littlest things We’d laugh at the silliest things And I know you’re the happiest When you steal a few glances And timidly touch my fingers And I will hold you a bit longer Because I am yours forever

Jiesti

Atuk bongkok duduk tercongok Opah melilau menengok-nengok Tunggu dibantu beras dan susu Nak beli sendiri tak cukup mampu Dulu semua cukup-cukup saja Habis dijual terung dan petola Duit yang dapat sekadar dibelanja Sekarang semuanya kena dikira Yang ada habis tak pernah bersisa Keliling pinggang berhutang pula Untungnya dituai apa ditanam Sekarang ditolak seperatus dan enam Apalah nasib memilih Najib Disangka karib rupanya ifrit Ingat dah tua hidup selesa Dapat bersara hidup ditaja Datang Ji Es Ti sengsara mari Sibuk berkira tak ingat mati Alahai cukai Alahai  alahai!

Biar Aku Bermimpi

Hidup tak berilham, Datang siang nanti malam, Jumpa malam tunggu terang. Ah. Mengeluh-kesah Bersusah lelah Tapi kaya Tak pernah kunjung Penatnya rasa Tak berpenghujung Kata aku semakin tawar Tawa aku semakin hambar Tangis aku semakin hiba Tapi kering tak berair mata Biarkan aku sendiri Biarkan aku mimpi Kerana indah seribu kali Imaginasi dari realiti

Lama Tak Berjumpa

Ibu sudah lama kita tak bicara. Abah, tetapkah kita janggal yang sama? Hari itu Waktu balik libur di Surabaya Dalam sesak rambu jalan raya Aku sumbat cuping dengan fon telinga Tatal skrin telefon dan tekan Spotify Lagu Michael Buble kudengar sendiri di celah ramai Dan tiba-tiba Jatuh sendiri air hiba Alun lagu Just Try a Little Tenderness itu Sudah aku dengar berpuluh kali ulang Yang dulunya aku interpretasi Cerita sang isteri yang inginkan hanya cinta Terimaji semula sebagai derita bonda Betapa pakai ibuku usang dan kurang Betapa di benak fikirnya banyak sengsara Betapa yang ibuku perlu hanya cinta anaknya Betapa ibu yang dulunya remaja Pernah ada mimpi dan cita Akhirnya menjadi suri yang lara Melayan karenah anak yang ramai Diuji anak yang jahat perangai Tersepit nasib yang serba kurang Terhimpit rumah yang sempit ruang Terjerit tidak, diluah dalam Namun kadang ada terbit waktu Menangis terduduk ibu di bingkai pintu

Pentas

Lorong ke dewan terang-benderang. Kosong tiada manusia. Aiman tolak pintu bertampal kertas tercoret “Madam Rita’s Open Audition”. Gelap. “Berdiri di tanda ‘X’ dan mula menyanyi,” kata satu bayang besar di bangku penonton. “Terus nyanyi?” Tanya Aiman sambil memanjat tangga pentas. “Ya. Sing.” “Lagu…lagu apa, madam ?” “ Can’t you just sing for God’s sake! Negaraku, lagu raya, whatever! ” Aiman capai mikrofon. Terjatuh. Bunyi bingit bergema. Bayang itu mendengus, kertas di tangannya dilempar ke pentas. “ Nyanyiiiiiiii !!!” Aiman panik. Mikrofon bergolek hilang dari bawah cahaya lampu sorot. Aiman menggagau dalam samar. Bila Aiman mendongak, bayang itu membesar, mendaki tangga. “Kalau ada stage fright , jangan datang audition aku! Faham!?” Madam Rita berdiri satu kaki depan Aiman. Aiman bingkas bangun. Aiman rentap mikrofon di tangan. Tak sedar wayarnya berselirat di bawah kaki Madam Rita. Terlilit di betisnya. Madam Rita jatuh. Ke bawah penta