Aku Aku, Engkau Engkau
Kau muncul tiba-tiba dari titik buta. Kenapa?
Diamlah saja kamu dalam sudut kabur, tenggelam dalam samar-samar yang tak berupa.
Saat kaumuncul, tertancap engkau dalam memori, mengecah kisah dalam kepala yang tak ingin kesah.
Cuba kupaling tak mahu mengendah, tapi payah. Tetap terkedip-kedip juga minda berfikir, apakah indah lagi duniawi jika kau menghilang menyepi. Singgah tanpa sudi dalam perosok perasaan, menerobos jeriji dan tembok keengganan, tanpa sempat disanggah aku mencongak-congak perkara begitu-begini yang entah-entah.
Kelibang-kelibut kekupu resah dalam jiwa yang kelam kabut. Jadi kalut hati berfikir sediri, sendirian. Melompat-lompat dari sisa-sisa masa lampau, tatih-tatih masa sekarang, dan ragu-ragu masa hadapan. Waktu aku mencuba menggapai garapan akal yang cuba menaakul logika, saat aku menyauk bayang-bayang engkau yang terbang rendah, tersedarlah aku pada jasadmu yang sebenar-benar melayang jauh menggalah. Siapalah aku padamu yang hinggap pun tak hendak, meliar angkuh di sulaman awanan tiada sudi menjengah.
Aku tetaplah aku. Layaknya di bawah sekadar penaung bayang.
Engkau tetaplah engkau. Berkuak-kuak, berkokok-kokok menalun gema di langit menjulang.
Tapi engkau yang tetap engkau
Tahulah aku sentiasa menunggu pada puncak tertinggi.
Tahulah aku tetap juga menanti dalam lurah terendah
Tahulah nanti bila kauletih mengepak-ngepak,
Tahulah nanti bila hadir jelik dan muak selesai ribuan tahun berlayangan di alam kayangan
Tahulah yang aku tetaplah aku, tetaplah sudi menjadi hinggapan jasadmu, badani melutut, bayang tertaut.

Comments