Kalimah Lima Huruf
[ini adalah misi menge-post posts yang menyawang dalam laptop]
CINTA
Cinta sejati.
Cinta yang di antara dua itu,
Ada Tuhan dan keberkatan.
Cinta yang kekal ada,
walau harta sudah tiada,
Cinta yang buta,
Pada kedut dan hitam rupa.
Cinta palsu.
Cinta yang di antara dua itu,
Ada Syaitan dan Nafsu,
Cinta yang banyak mimpi,
Sama banyak dengan manis janji,
Cinta yang kalau ditalak tiga,
Tak mungkin laku untuk dibicara.
Cinta yang lagi banyak sentuh tangan,
dari patuh pada Tuhan.
Cinta itu sejati,
Kalau sentuh sayang,
Batal wuduk,dapat pahala.
Cinta itu palsu,
Kalau sentuh sayang,
Batal wuduk,dapat dosa.
Cinta sejati.
Bila berpegang tangan.
Andai berjumpa Rasulullah,
Terus lepas pegangan,
Sebab nak lari ke Rasulullah kerana rindu.
Cinta palsu.
Bila berpegang tangan.
Andai berjumpa Rasulullah,
Terus lepas pegangan,
Sebab nak lari dari Rasullulah kerana malu.
-Peringatan untuk aku. Aku. Aku. dan kamu-
CINTA
Cinta sejati.
Cinta yang di antara dua itu,
Ada Tuhan dan keberkatan.
Cinta yang kekal ada,
walau harta sudah tiada,
Cinta yang buta,
Pada kedut dan hitam rupa.
Cinta palsu.
Cinta yang di antara dua itu,
Ada Syaitan dan Nafsu,
Cinta yang banyak mimpi,
Sama banyak dengan manis janji,
Cinta yang kalau ditalak tiga,
Tak mungkin laku untuk dibicara.
Cinta yang lagi banyak sentuh tangan,
dari patuh pada Tuhan.
Cinta itu sejati,
Kalau sentuh sayang,
Batal wuduk,dapat pahala.
Cinta itu palsu,
Kalau sentuh sayang,
Batal wuduk,dapat dosa.
Cinta sejati.
Bila berpegang tangan.
Andai berjumpa Rasulullah,
Terus lepas pegangan,
Sebab nak lari ke Rasulullah kerana rindu.
Cinta palsu.
Bila berpegang tangan.
Andai berjumpa Rasulullah,
Terus lepas pegangan,
Sebab nak lari dari Rasullulah kerana malu.
-Peringatan untuk aku. Aku. Aku. dan kamu-
Comments