Wanita
[ini juga adalah misi menge-post posts yang menyawang dalam laptop]
Wahai Wanita,
Anda perlu kuat seperti akar semalu,
Walau halus tapi luas dan rapat mencengkam bumi,
Anda perlu sedia seperti sedianya semalu,
Tajam berduri mempertahan diri
Anda perlu ada malu seperti daunnya semalu,
Tahu menguncup,perlahan bila malam menjelma,
Tahu menguncup,laju bila ada menyentuh.
Wahai Wanita,
Tutuplah tubuhmu sebagaimana patutnya.
Kerana hati lelaki bergetar cukup dengan memandang bayangmu.
Wahai wanita,
Tutuplah tubuhmu sebagaimana dituntutNya,
Kerana Tuhanmu tahu indahnya penciptaanmu lebih lagi dari kamu tahu.
Wahai wanita,
Andai kamu sudah menutup dirimu,jagalah pula tingkahmu,
Kerana gelak tawamu umpama gemersik lagu,
Lagak gayamu umpama pelangi berwarna seribu,
Yang bisa membuat lelaki warak menatap dan menoleh,
Yang bisa membuat lelaki jahat menggetap dan meleleh.
Wahai Wanita,
Janganlah kaubiarkan mudah lelaki untuk menyentuhmu,
Sebagaimana tak mudah kaubiarkan dirimu dicerai dan dimadu.
Wahai Wanita,
Tunjukkanlah kesukaanmu dengan bersama setuju nikah dan mahar,
Bukan dengan bersama setuju belajar dan keluar.
Wahai Wanita,
Janganlah kau terlalu suka sang arjuna gembira denganmu.
Kerana gembiranya dia kerana mendapatmu,
Bukan kerana mahu terus memilikimu.
Wahai Wanita,
Bagaimana kaubisa nanti cerita pada puterimu,
Tentang kisah bermula cintamu pada ayahnya,
Kalau ingatan cinta yang ada hanya sudah bersulam dosa.
Wahai Wanita,
Jangan kaugundah tidak berpunya,
Ingatlah bahawa akhir jodohmu sudah tertulis di Luh Mahfuz,
Sekarang kau hanya perlu melakar jalan ceritanya
-Dedicated to my 6 sisters and all Muslimah-
[ilham Solusi by Telaga Biru and Allah of course]

Comments