Posts

Showing posts from October, 2010

Books and Coaches

Were you the one I saw waiting at the bus stop? Or the one I caught looking while I shop? Or were you the glimpse I saw disappearing behind the wall? Was that your number in all those strange missed calls? Was that your eyes I saw between books and novels When I go through those library’s bookshelves? Were you the one who said sorry to me For cutting the line because you need to hurry? Were you the one in that late night train? One that was wet of the relentless rain Could you be the one I saw in the crowd crying? One that held a crumpled paper with hands shaking I know we’ll meet someday, Be it a rainy night or a sunny day, I know we’ll meet somewhere, Be it the final train or the next book fair. I don’t who, when, where But this I’m sure: I’ll be there. p/s: Sorry sebab banyak posts seemed to be too personal lately.... Well, I'm back!

Intai

Semalam aku intai langit. Cari bintang cerah sebelah bulan. Itu Musytari. Terang tak termalap cahaya bulan, bersinar memantul kuasa mentari. Hantar mesej ringkas pada kakak, "Nak tengok Musytari?" Berbalas-balas mesej ringkas berkali-kali kerana kakak masih tak jumpa bintang cerah. Sini juga nampak walau jerebu. Masakan tak terlihat cahaya terang aneh. Tak percaya agaknya Musytari bisa lihat terus guna mata kasar. Jumpa akhirnya. Sama-sama suka lihat Musytari. Satu mesej sampai. "Terdetik hati aku nak bagitau Iwa...Hmm.rindu Iwa.." Kuintai langit, kulihat kamu

Iwa. Ketawa. Belasungkawa.

Aku ketawa kuat-kuat Aku senyum luas-luas Adakah aku pura-pura Atau aku memang gembira? Jangan sesiapa tanya aku Aku benar-benar tak tahu Gembira mungkin Lupa kamu,tidak Wahai adik Ketawa suka senyum aku Bermakna aku teruskan hidup Bukan sudah lupa aku pada kamu Kain hitam dan ketayap putih Biar jadi ingatan padamu Biar jadi pengubat rindu Kita jumpa juga nanti Tunggu aku Bila aku tayang kasut raya Converse warna biru... Aku: "Iwa,hehehe..." Adik: "Kenapa tak beli warna hitam?" Aku: "Hitam?urgh..." Adik...kau bagai sudah tahu (",)

Faham

Aku percaya Tiada satu batang tubuh manusia pun Yang faham sesungguhnya Isi hati Rasa hati Perasaan hati Hati aku Luka di kaki kiri Tak mungkin kanan merasa Mereka boleh menangis sehabis mungkin Tapi berjurai jatuh pun tak mungkin merasa Pedih dan sesak menahan nafas Dengan dada luka terbuka Kerana itu Aku berpaling pada Tuhan Yang mendengar, betul-betul mendengar Yang simpati , sebenar-benar simpati Tak pernah aku kecewa menghampar derita padaNya Tak pernah beralih sedikit pun, Biar panjang berjela aku mengeluh padaNya Tak pernah berganjak sedikit pun Biar tak teratur baris ayat Dengan hela, esak dan sedu Tuhan jangan Kau tinggal aku sendiri [terima kasih buat teman yang cuba memahami. Tuhan saja pembalas jasamu.] "Bila kau pula nanti terluka nanti, fahamilah bahawa tak mungkin aku faham semuanya, Ceritalah padaku, tapi bicaralah sama Tuhanmu"

Mimpi

Lama tak call rumah. call Emak. Tanya pasal Adik. Tadi mimpi tengah call Emak. Lain macam. Rumah sounded so different . Tak sedap hati. Ada bad feelings. Gotta call ASAP. Stat. Tapi orang cakap, mimpi mainan syaitan. Orang cakap, mimpi is the opposite of what's gonna happen in reality. Emak, pasang volume ringtone handphone kuat-kuat eh. Esok Aja nak call . Expecting good news. It has to be good .